Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah laut di mana terdapatnya lubuk-lubuk yang berpotensi.
Terutamanya di kawasan pantai yang landai dan cetek. Justeru jarak lontaran umpan jauh ke tengah amat penting bagi membolehkan umpan sampai tepat ke lubuk atau kawasan ikan.
Ads
Untuk membolehkan lontaran umpan sampai ke kawasan sasaran, faktor panjang joran amat memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama.
Ads
Oleh yang demikian penggunaan joran panjang melebihi 12 hingga 17kaki amat membantu. Ini kerana secara teorinya semakin panjang joran maka semakin jauh jarak lontaran umpan dapat dilakukan.
Ads
Selain faktor panjang joran, diameter tali pancing juga turut memainkan peranan. Selalunya penggunaan tali sulam atau benang (braided) sering digunakan membolehkan lontaran umpan yang sempurna. Namun tali benang kekuatan 80lb jenis empat sulaman sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter.
Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda. Lazimnya tali sulam 20-40lb adalah lebih sesuai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jigging mikro atau micro jigging merupakan satu cabang teknik memancing yang menggunakan kepingan besi (jig) sebagai umpannya. Jig tersebut menyerupai bentuk ikan dan lazimnya kepingan micro jig bermula dari berat sekitar 7g hingga 20g.
Joran khusus yang dicipta bagi teknik ini adalah lebih disarankan kerana ia lebih sensitif dan ringan.
Kekili berkelajuan tinggi adalah yang lebih praktikal kerana secara teknikal anda tidak perlu mengarau kekili dengan laju. Cukup sekadar karuan sederhana jig anda sudah pun beraksi pantas dan dengan karauan santai jig anda sudah pun beraksi natural.
Berbanding jika anda mengunakan kekili berkelajuan rendah, anda harus mengarau reel dengan laju secara teknikal (jika perlu) bagi mendapatkan kelajuan yang anda mahukan.
Semakin halus tali utama lebih berkesan kerana secara harfiahnya akan lebih ringan dan secara tidak langsung jig anda mudah tenggelam ke dasar.
Ia juga sensitif mengesan getuan ikan, aksi jig lebih semulajadi. Namun setting drag pada kekili anda haruslah menepati kekuatan yang sepatutnya, jika tidak ia akan mudah putus.
Jig yang berpemukaan berkilat serta lebar adalah lebih baik kerana pantulan cahaya lebih mudah menembusi penglihatan ikan ketika didalam air berbanding warna.
Kelengkapan Asas
Rod
Rod atau joran yang digunakan adalah dari PE 0.3 hingga ke PE 1.5. Lazimya joran jigging mikro mempunyai blank yang halus serta sensitif paada bahagian hadapan. Ia bertujuan memudahkan anda untuk menggayakan jig lebih gemalai dan semulajadi serta peka mengesan getuan ketika jig anda disentuh ikan.
Reel
Spinning reel atau kekili mendatar adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari siri 500 hingga 2500 dengan nisbah gear ratio 6:1 dan ke atas. Disarankan juga menggunakan kekili yang kalis air masin. Kekili menegak atau baitcaster juga boleh digunakan dan sebenarnya ia lebih praktikal kerana lebih mudah mengesan jatuhan jig anda sampai ke dasar. Nisbah gear ratio juga sama seperti kekili mendatar.
Mainline
Tali utama yang biasa digunakan adalah antara 6lb hingga 12lb. Tali sulam atau braided line adalah pilihan yang paling tepat kerana ia bersifat sifar regangan dan lebih kuat berbanding tali tangsi atau mono line. Tahap sensitiviti terhadap getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih semulajadi kerana ia lebih kurang rintangan arus berbanding tali tangsi.
Shockleader
Perambut kejutan atau shockleader yang biasa digunakan adalah di antara 10lb hingga 15lb. Shockleader adalah wajib disambungkan kerana tali sulam yang bersifat sifar regangan serta ia mudah terhakis. Oleh kerana itu shockleader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali sulam dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.
Asisst Hook
Mata kail tunggal atau single hook dan assist hook lebih sesuai digunakan berbanding mata tiga (treble hook). Selain kadar sangkut yang rendah, tahap hook up juga lebih tinggi. Namun penggunaan asisst hook dua mata juga semakin banyak digunakan.
Ambil tali tangsi dan lipatkannya, kemudian ikat sehingga ke bahagian lengkungan mata untuk membuat penyepit udang.
Langkah 2
Potong sedikit tali tangsi tadi dan bakar menggunakan lighter kedua-dua bahagian dengan berhati-hati sehingga kelihatan bulat utk membuat mata udang.
Langkah 3
Ikatkan mata yang sudah siap dibakar tadi pada bahagian belakang, bengkokkan sedikit supaya mata itu ke atas dan pastikan ikatannya kemas.
Langkah 4
Ambil sedikit bucktail dan ikatkannya seperti dalam gambar untuk dijadikan sesungut udang.
Langkah 5
Kemudian ambil pula sedikit flasher. Tujuan flasher ini adalah untuk memberi daya penarik umpan supaya kelihatan berkilau-kilau apabila di dalam air.
Langkah 6
Seterusnya lilitkan polyarn pada bahagian depan dan lilitkan dubbing material berwarna hijau sehingga ke bahagian tengah dan sambung semula lilitkan polyarn hingga ke bahagian ekor.
Langkah 7
Ikat scud back berwarna transparent bermula dari bahagian ekor, scud back adalah material dari getah, kondom adalah bahan yang sesuai untuk dijadikan scudback.
Langkah 8
Ambil 2 helaian flasbou dan ikat pada bahagian ekor. Kemudian lilitkan benang berselang ke depan sehingga sampai ke bahagian perut berwarna hijau.
Langkah 9
Matikan ikatan pada bahagian tengah dan ikatkan dengan kemas. Potong bahagian sesungut supaya kelihatan lebih kemas.
Langkah 10
Letakkan uv fly finish atau epoxy untuk mencipta kelongsong udang, hasilkan bentuk kulit udang dengan kemas.
Langkah 11
Jika dah dapatkan bentuk yang diinginkan, keringkan epoxy tadi menggunakan uv torch light. Seeloknya jemur di bawah sinaran matahari untuk pastikan ia betul-betul kering.
Ada tak petua nak bagi umpun-umpun jangan cepat jadi lembik kemudian mati? Sebab bila dah mati dah tak boleh nak pakai lagi. Bau dia pun boleh tahan juga busuk.
JAWAPAN:
Umpun-umpun, ruat adalah perumpun adalah daripada kumpulan haiwan invertebrata hampir sama dengan jenis cacing tanah yang terdapat di belakang halaman rumah kita.
Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 50 cm serta mempunyai kaki seperti lipan, membezakan spesies ini daripada cacing tanah yang sedia ada.
Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ia bersarang di dalam lumpur itu sendiri.
Kaedah menyimpan umpun-umpun adalah seperti berikut:
Panas melampau
Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.
Sejuk melampau
Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun.
Tempat teduh
Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.
Semut
Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.
Cara potong
Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...