Satu soalan yang bagus. Sebenarnya tiada formula khusus untuk memilih saizmata kail untuk jig dan berapa panjang tali kevlar. Namun, untuk mengelakkan kegagalan fungsi mata kail mencangkuk ikan, saya amalkan satu formula sendiri.
Jika anda perhatikan, kebanyakan mata kail untuk jigging memiliki gap yang agak lebar. Tujuan adalah untuk meningkatkan prestasi strike. Sifirnya cukup mudah, gap atau lebar mata kail mestilah melebihi kelebaran saiz jig yang digunakan.
Ads
Sekiranya mata kail yang digunakan lebih kecil dari saiz lebar jig, kemungkinan mata kail tersebut tidak akan tercangkuk pada mulut ikan apabila ia menyambar jig, disebabkan terlindung oleh badan jig yang lebih lebar.
Ads
Sekiranya sudah membeli mata kail yang mana kelebaran lebih kecil berbanding badan jig, perkara ini masih boleh diatasi dengan menghasilkan assist hook berkembar (dua mata kail).
Ads
Assist hook berkembar ini banyak digunakan dalam teknik jigging perlahan berikutan kebanyakan jig yang digunakan bersaiz lebar.
Sementara panjang kevlar pula sebaiknya melebihi setengah dari panjang badan jig. Jika menggunakan dua mata kail (atas dan bawah) pula, pastikan kedua-dua mata kail tersebut tidak tercangkuk antara satu sama lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Selain peralatan memancing, salah satu peralatan lain yang wajib pemancing ambil tahu adalah pemegang joran atau rod holder pada sebuah bot atau sampan sebelum turun memancing khususnya untuk trip pancingan dasar.
Tidak kira muara atau laut dalam, kemudahan ini dianggap satu bonus kepada pemancing kerana ia memudahkan tugas-tugas memancing tanpa perlu memegang joran sepanjang masa.
Salah satu kegunaan lainnya adalah sebagai platform untuk meletakkan joran ketika tidak digunakan dan bagi kaki bottom, jika ia tiada, memang satu masalah besar.
Tidak mungkin kaki pancing mahu memegangnya sepanjang masa atau menyandarkan pada birai bot.
Tetapi apakah kita tahu kekuatan dan ketahanan sesuatu pemegang rod yang berada di bot itu mampu memegang joran apabila disentap ikan ataupun digunakan semasa menunda gewang apabila bot bergerak?
Tiada skala pengukur ketahanan bagi sesebuah pemegang rod yang mudah alih ataupun tersedia di bot.
Ia hanya boleh dinilai dari mata kasar dari segi material dan kedudukan pemegang rod ini.
Terdapat pelbagai jenis pemegang rod. Ada yang diperbuat daripada stainless steel, paip pvc, paip besi ataupun yang telah disiapkan dalam membentuk sampan menggunakan gentian kaca atau fiber.
Sebagai pemancing sebaiknya kita memeriksa terlebih dahulu pemegang rod ini sebelum meletakkan joran bagi tujuan simpanan, tundaan atau semasa menggunakan teknik bottom.
Teliti bahagian sokongan kepada dinding bot sama ada ia kuat dan mampu bertahan apabila bot menempuh perjalanan atau terkena sesuatu yang boleh menjejaskan pemegang joran.
Bagi sampan atau bot pemancing yang tiada kelengkapan ini dinasihatkan untuk menyediakan pemegang joran agar keselesaan pemancing terjaga semasa melakukan
aktiviti memancing dan juga keselamatan lebih terjamin berbanding rod yang diletakkan berselerak di atas lantai.
Kedalaman sesebuah pemegang joran juga perlu dilihat sebagai salah satu aspek keselamatan agar ia tidak terkeluar daripada kedudukan asal.
Tapi jika ia terlalu dalam kerana sukar untuk dikeluarkan semasa ikan meragut umpan atau ketika hendak mengeluarkannya daripada pemegang rod.
Walau di mana kedudukannya sudah pasti ia peralatan yang wajib ada pada setiap bot dan bagi pemancing laut dalam pemegang rod mudah alih adalah salah satu alat yang perlu dibawa ketika turun memancing.
Bagi kalangan pemancing ia digunakan untuk mencari umpan hidup. Namun jika memperoleh ikan selar, selayang, kembung atau cencaru yang bersaiz kasar ia pasti lebih menyeronokkan kerana boleh dibuat umpan, ia juga boleh dibuat lauk malah boleh bertukar misi pancingan.
Jenis Apolo
Ada pelbagai jenis apollo yang terjual di kedai pancing. Apollo yang lazim digunakan adalah apollo kertas dengan manik hijau. Namun apollo udang (udang getah yang dilekatkan pada mata) juga sesuai digunakan terutamanya untuk mencari ikan selar dan cencaru.
Saiz
Pilihlah saiz apollo yang sepadan dengan ikan sasaran. Contohnya jika mencari bilis, beliak mata dan tamban kecil di kawasan kelong atau rumah rakit lebih sesuai guna apollo saiz 4-5. Jika di kawasan boya, unjam atau kapal parkir sebaiknya guna saiz 6-10. Untuk ikan sasaran yang lebih kasar seperti cencaru pula elok pilih saiz 12-20. Selain saiz matanya yang besar, perambutnya juga lebih kasar dan kuat.
Spot Apolo
Ikan-ikan pelagik ini lazimnya berkumpul atau mencari makan di kawasan berstruktur seperti tiang-tiang jambatan, boya, kelong, tukun, unjam dan kapal parkir. Sementara spot untuk melontar apollo adalah bahagian kepala arus hadapan yang dilanggar arus. Bukannya di bahagian belakang boya atau unjam, kapal atau kelong.
Lontaran
Apollo sebaiknya dilontar ke bahagian hadapan kepala arus atau objek seperti kepala unjam dan biarkan tenggelam seketika sebelum membuat kayuhan. Sebaiknya juga guna batu ladung saiz sederhana yang cepat tenggelam bersesuaian dengan arus.
Henjutan
Tidak perlu tunggu sehingga batu cecah dasar untuk buat unjunan. Memadai sekadar anggaran 3/4 kedalaman air kerana ikan pelagik jarang berada di dasar. Cara terbaik ialah sebaik batu ladung mencecah air, rasakan pergerakan tali pancing yang keluar bagi mengesan sebarang ragutan ikan pada apollo.
Umpan Tambahan
Boleh juga letakkan hirisan ikan/udang/sotong pada mata kail apollo sekiranya penggunaan apollo kosong kurang mendapat sambutan. Seperkara lain kaedah ini berpeluang untuk memperoleh ikan-ikan pelagik yang bersaiz lebih kasar.
Salah satu teknik popular yang dimainkan di kawasan ini ialah teknik drifting. Teknik drifting ialah kaedah menghanyutkan umpan (tamban hidup) dengan batu hidup bersaiz kecil. Kegunaan batu ini adalah untuk memastikan umpan tidak berada terlalu atas dari permukaan air.
Ini kerana jika ia berada terlalu atas dari permukaan air, spesies pengacau seperti todak akan membahamnya terlebih dahulu. Melainkan kalau sememangnya ingin mencari todak maka ia merupakan teknik yang sememangnya perlu dilakukan.
Namun tujuan untuk drifting untuk memburu spesies bernilai tinggi seperti senangin dan juga tenggiri. Dikatakan, ada pemancing yang pernah menaikkan tenggiri berskala 10 kg.
Di sini, bot pancing tidak boleh melabuhkan sauh kerana keadaan dasar yang kurang sesuai kerana ia dikelilingi karang dan paip-paip yang agak bahaya untuk melabuhkan sauh.
Makanya, bahagian depan dan belakang bot perlu diikat pada tiang jeti untuk memastikan ianya tidak tersasar dari lubuk.
Kerja-kerja menambat bot pada tiang jeti ini sangat berisiko. Kerjasama antara pemancing dan tekong amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Untuk memancing di bawah jeti ini set heavy dan medium heavy adalah digalakkan untuk kaki pancing guna.
Set ringan amat tidak digalakkan kerana di sini pemancing perlu segera menarik ikan naik ke atas.
Dengan set ringan dikhuatiri ikan dengan mudah boleh membenamkan diri masuk ke karang-karang yang banyak terdapat di sini. Jadi potensi untuk berputih mata amatlah tinggi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...