Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulam atau braided kerana beberapa perkara. Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.
Ads
Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Ads
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut. Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Ads
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan. Ia bertujuan bagi tali digunakan maksimum yang mungkin.
Perkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Apa yang kita ada pada hari ini, amatlah wajar kita hargai dan pastikan ia terus kekal untuk tatapan generasi akan datang. Janganlah kerana kerakusan kita memancing hingga habis limit, anak cucu kita tidak lagi kenal rupa bentuk ikan yang ada di perairan kita.
Adalah sesuatu yang amat malang, jika suatu hari nanti, seluruh perairan kita dipenuhi ikan pendatang, lantaran kepupusan ikan asal dek kerana kerakusan kaki pancing yang tidak beretika!
PROGRAM TAGGING IKAN
Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesies ikan tertentu. Program tagging ikan layaran serta tagging ikan kelah di Sungai Tahan adalah dua contoh program ini.
‘Tag’ adalah satu jarum plastik yang dimasukkan ke badan ikan, selalunya di bawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini di badan ikan, sila ikuti prosedur di bawah:
Ω Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.
Ω Rakamkan nombor tag, dan apa-apaketerangan yang ada pada tag sepertiberat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan.
Ω Lepaskan semula ikan berkenaan danhubungi pihak yang berkenaan danberikan keterangan di atas.
ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG
Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesies pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur.
Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negatif dari kehadiran spesies-spesies ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing dan juga hasil kajian di negara lain, spesies pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesies asli kita.
Ada spesies pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesies ikan Malaysia dan juga merosakkan habitat air. Kesannya, ada ikan tempatan yang terbantut saiznya dan semakin berkurangan.
Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesies pendatang di perairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.
IKAN PENDATANG TERMASUK:
Ω Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn,peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)
Ω Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
Nak menyediakan unggun api dengan lebih mudah kita amat memerlukan alat ini. Kalau tak ada unggun api susah jugak nak bertahan dalam hutan.
Peti Kecemasan
Yang ni, kalau tak ada memang tak patut. Kecederaan boleh berlaku bila-bila masa. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan.
Tali
Tali amat penting kerana ia boleh membantu dalam pelbagai cara. Boleh digunakan untuk membina khemah dan juga amat berguna jika berlaku sebarang musibah yang tak diingini.
Wisel
Bila anda tersesat di dalam hutan, wisel amat berguna untuk membolehkan anda dikesan oleh penduduk sekitar ataupun pasukan penyelamat.
Tin atau Bekas Logam
Penting juga benda ni untuk masak air atau pun nak masak makanan.
Hammock
Hammock boleh menjadi tempat tidur yang lebih selesa jika memancing di hutan atau sungai pergunungan. Selain tempat tidur, ia juga boleh mengelakkan kita daripada haiwan berbisa yang mungkin ada di kawasan sekitar.
Protein @ Energy Bar
Kadang-kadang bila perut kosong sewaktu trekking boleh menyebabkan bahaya. Jadi lebih penting untuk kita sentiasa membawa protein @ energy bar setiap kali trekking di hutan atau sungai pergunungan.
Lampu Suluh
Lampu suluh amat penting jika anda memancing di waktu malam. Selain dijadikan sumber cahaya, alat ini juga berguna digunakan bila anda tersesat di dalam hutan.
Plastik Sampah
Ha, yang ni paling penting dan wajib untuk kita bawa. Ingat, tiada majlis perbandaran yang akan buang sampah di hutan. Jadi ini mesti jadi tanggungjawab kita sendiri untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Ia boleh juga diubahsuai jadi baju hujan dan fly sheet.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...