Sungai Pahang di Temerloh memang tak dipengaruhi air pasang surut cuma di Temerloh kena tengok keadaan paras air. Maksudnya paras air yang maintain ketinggiannya dalam seminggu. Jika air naik sehari dan terus surut atau air surut tetiba naik kedudukan udang tak tetap dan disebabkan faktor air mempengaruhi nafsu makan udang.
Udang makan tapi jauh dari mulut kecuali udang telur. Yang cantiknya air yang maintain parasnya seminggu kedudukan udang lebih tetap dan nafsu makannya akan lebih galak tak kira saiznya. Jadi tak kisah air surut ataupun tinggi yang penting paras air tak berubah.
Sebagai contoh, kali terakhir saya turun memang air tinggi tapi dalam sehari air surut hingga 4-5 kaki jadi udang memang akan makan tapi separuh air udang hilang, ada yang rezeki mata je. Dah nampak udangnya lucut juga. Cuma kena rajin mencari barulah tak kumpau.
Selain Temerloh… Sungai Perak area Kuala kangsar, Sungai Kerian atas dari empangan, Sungai Muda, Sungai Selangor area Fruit Valley… dan banyak lagi sungai air tawar sepenuhnya kita boleh pancing udang galah.