Saya akan join satu trip trekking di sebuah sungai hutan pergunungan yang perlu dirahsiakan. Saya nak minta pendapat admin, kalau nak casting kat jeram-jeram sungai, gewang jenis apa yang paling sesuai?
JAWAPAN:
Ads
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon. Ini kerana sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.
Ads
Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran. Gewang bentuk Altima dan Abu Island paling banyaj digunakan. Namun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo. Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk. Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.
Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian. Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Ads
Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram. Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.
Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram. Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal.
Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
Berdasarkan soalan saudara ini, saya merasakan pengalaman saudara memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang itu sudah mengatasi pengalaman saya. Oleh yang demikian, saya memilih untuk menjelaskan teknik memancing todak atau banang untuk dijadikan umpan alu-alu, yang merupakan ikan sasaran saudara.
Saya tidak pasti teknik ini berkesan untuk memancing todak di bawah jambatan itu tetapi ia sangat berkesan sewaktu saya memancing di beberapa kelong. Perkara pertama yang anda perlu cari dahulu ialah umpan untuk todak itu sendiri. Biasanya saya akan akan cari ikan bilis atau tamban kecil dengan menggunakan apollo.
Sebaiknya guna mata apollo saiz 4. Selepas itu saya hanyutkan umpan bilis atau tamban dengan teknik apungan. Pastikan umpan terapung di permukaan air kerana todak sememangnya gemar menyambar mangsa di permukaan air. Mata kail pula pilihlah mata kail bersaiz kecil, ringan dan tajam.
Sekiranya tiada umpan hidup, ikan tamban yang sudah mati juga boleh digunakan. Ikan tamban tersebut dibersihkan sisiknya terlebih dahulu. Kemudian ikan tamban itu dibelah dua (hiris memanjang pada tulangnya) dan ambil isinya sahaja sebagai umpan.
Gunalah sekurang-kurangnya 2 mata kail bersaiz kecil bagi mencangkuk umpan ikan itu kekalkan teknik yang sama sebagaimana menggunakan umpan hidup.
Pada asasnya mata lingkar atau circle hook direka cipta bagi kegunaan sukan memancing kerana ikan yang ditangkap akan dilepaskan kembali bersesuai dengan konsep tangkap dan lepas. Mata lingkar ini direka bagi mengelakkan kejadian ikan tertelan mata kail sekaligus boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman sekaligus menyumbang kepada kematiannya. Sebaliknya jika tertelan sekali pun mata kail tersebut akan mereput dalam tempoh tertentu kerana ia dihasilkan dari material yang mesra alam.
Bentuk mata lingkar jelas berbeza dengan mata kail J atau J hook . Ia adalah sejenis mata kail di mana matanya berbentuk bulat ke belakang dan ia digunakan oleh kebanyakan pemancing sekarang untuk menangkap ikan. Oleh sebab bentuk matanya, ia selalu akan tercangkuk pada bibir di kawasan penjuru mulut ikan.
Sesuatu yang positif dari aspek keberhasilan mata kail ini, kajian telah mendapati bahawa penggunaan mata kail dari jenis ini telah menangkap lebih banyak ikan dari mata kail J. Terutamanya ikan yang memiliki bibir tebal.
Mata kail dari jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis ikan di laut, lombong atau sungai. Walau bagaimana pun adalah amat penting sekali, pemancing jangan menyentap joran apabila ikan memakan umpan, tetapi cukup dengan hanya mengarau dengan perlahan supaya mata kail ini tidak tercabut atau lucut dari mulut ikan. Untuk pengetahuan, mata kail ini sedikit mahal dari mata kail jenis biasa.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...