Saya bukanlah kaki kolam tapi bila ada masa saya turun la memancing ke kolam berbayar air tawar. Masalahnya, orang lain pancing asyik tarik ikan terutamanya rohu, tetapi saya asyik membangau. Padahal saya pun guna umpan dedak dan roti sama seperti mereka. Apakah saya sudah terkena badi kumpau?
JAWAPAN:
Ads
Berbanding pancingan sungai atau laut, pancingan di kolam berbayar sebenarnya paling mencabar. Malah memancing ikan air tawar terutamanya ikan patin dan spesies lain seperti tongsan atau rohu sememangnya sangat teknikal dan berseni.
Ads
Perkara asas nombor satu yang perlu dilakukan jika ingin memancing di kolam berbayar ialah bertanya. Jangan segan atau malu untuk bertanya sama ada kepada pemancing lain atau pemilik kolam sendiri. Tanyalah umpan apa yang harus digunakan.
Harus diingat, dedak atau roti hanyalah bersifat makanan ikan. Ia umpama nasi. Tentu saja kita tidak mahu makan nasi kosong saja. Tanpa lauk, nasi tidak bermakna apa-apa walaupun ia tetap akan mengenyangkan perut. Begitu juga dengan ikan, perlu ada bahan perisa ditambahkan pada umpan roti atau dedak bagi menarik deria bau ikan tersebut.
Ads
Lazimnya pemancing lain tidak akan mendedahkan seratus umpan (perisa) yang mereka gunakan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memperoleh rahsianya. Namun pada kebiasaannya perisa pandan dan strawberi merupakan bahan asas yang banyak digunakan oleh pemancing bagi menyediakan umpan.
Selain umpan, teknik yang digunakan juga perlu diperhatikan. Lazimnya mana-mana pemancing kolam tidak akan berahsia soal teknik. Apatah lagi korang boleh lihat sendiri teknik yang digunakan. Jika pemancing lain mengamalkan teknik apung, maka kita gunalah teknik apung. Kalau teknik dasar lebih berkesan, maka kita gunalah teknik dasar. Selebihnya, bergantung kepada nasib dan rezeki.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal.
Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
Saya dan rakan-rakan baru lagi berjinak-jinak dalam dunia memancing udang galah ni. Ada sedikit persoalan ingin diajukan.
Soalan pertama; kebiasaan untuk sungai yang ada pasang surut, kita akan tengok bulan Islam untuk refer jadual pasang surut air untuk pergi memancing jenggo. Tapi jika sungai yang tiada pasang surut seperti di Temerloh, adakah pasang surut air juga mempengaruhi tangkapan atau waktu memancing udang galah?
Soalan kedua; selain di Temerloh, mana lagi sungai yang tiada pasang surut yang kebiasaan orang memancing udang galah?
JAWAPAN:
Sungai Pahang di Temerloh memang tak dipengaruhi air pasang surut cuma di Temerloh kena tengok keadaan paras air. Maksudnya paras air yang maintain ketinggiannya dalam seminggu. Jika air naik sehari dan terus menyurut atau air surut tetiba naik kedudukan udang tak tetap dan disebabkan faktor air mempengaruhi nafsu makan udang.
Udang makan tapi jauh dari mulut kecuali udang telur. Yang cantiknya air yang maintain parasnya seminggu kedudukan udang lebih tetap dan nafsu makannya akan lebih galak tak kira saiznya. Jadi tak kisah air surut ataupun tinggi yang penting paras air tak berubah.
Sebagai contoh, kali terakhir saya turun memang air tinggi tapi dalam sehari air surut hingga 4-5 kaki jadi udang memang akan makan tapi separuh air udang hilang, ada yang rezeki mata je. Dah nampak udangnya lucut juga. Cuma kena rajin mencari barulah tak kumpau.
Selain Temerloh… Sungai Perak area Kuala kangsar, Sungai Kerian atas dari empangan, Sungai Muda, Sungai Selangor area Fruit Valley… dan banyak lagi sungai air tawar sepenuhnya kita boleh pancing udang galah.
Boleh tak admin ceritakan sikit apa kelebihan gewang rattling berbanding gewang yang lain?
JAWAPAN:
Gewang rattling atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir (lipless rattlebaits). Gewang jenis ini tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kepada sistem getaran.
Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattling.
Kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan.
Malah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi mampu menarik perhatian ikan berbanding gewang renangan biasa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil kerana selain faktor goyangan, getaran dan bunyi gemerincing, ia turut hadir dengan pilihan warna yang bukan saja menarik perhatian ikan malah mata pengilat untuk memilikinya.
Saya sendiri meminati gewang rattling ini kerana ia boleh menghasilkan balingan yang.
Apabila ingin mencari pemangsa yang bersembunyi jauh ke dalam lubuk, gewang rattling dari jenis tenggelam ini akan mudah disuakan di depan pemangsa.
Lantaran ia mampu beraksi dengan baik baik dalam variasi kelajuan maka peluang untuk merasai strike itu lebih cerah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...