Ikan patin memang merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia terutama di Pahang, Perak dan juga negeri-negeri lain. Malah, boleh dikatakan patin merupakan ikan yang paling banyak dipancing di negara kita. Sama ada di habitat liar atau kurungan, ia adalah pancingan yang menghiburkan.
Walau bagaimana pun, memancing ikan patin di sungai lebih sukar berbanding pancingan patin kolam kerana faktor arus sungai. Jadi, kebanyakan umpan yang digunakan di kolam pancing berbayar tidak boleh digunakan kerana dibawa arus.
Ads
Biasanya pancingan spesies ikan liar dalam habitat semula jadi lebih tertumpu pada umpan semula jadi. Umpan seperti buah ara dan buah berembang merupakan antara pilihan, namun ramai juga pemancing menjadikan organ dalaman ayam sebagai umpan patin seperti hati ayam dan perutnya.
Ads
Selain itu, penggunaan umpan roti, pelet dan dedak sebenarnya boleh digunakan namun pastikan bancuhan umpan tidak peroi kerana mudah hilang dibawa arus sungai. Jika menggunakan campuran dedak dan pelet, pastikan lebih pekat dan gunakan teknik mata bom. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan roti canai atau bancuhan tepung.
Ads
Selain umpan, teknik persembahan umpan juga amat penting. Umpan perlu dipersembahkan seolah-olah makanan semulajadi yang hanyut di dalam sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan likoh ini bukanlah ikan native Malaysia… sebaliknya ianya juga ikan pendatang. Ia berasal dari China dan diternak di China sejak dari tahun 457 selepas Masihi dan dibawa ke Eropah pada tahun 1150 masihi, dan dibawa ke England pada tahun 1946 masihi dari Austria.
Di Austria pulak ia diternak sejak tahun 1227 masihi! Bayangkan la… orang putih pun makan ikan yang terlantar kaku atas meja ni… kita pun sama hebat dengan warga England… Austria… hahaha!
Di Malaysia… ikan likoh ini banyak berada di kolam, lombong dan sedikit di sungai. Memandangkan ianya sejenis carp dengan tabiat pemakan rumpair dan tanaman dalam air… ianya adalah omnivor.
Ikan likoh ini aktif makan pada waktu siang… namun ianya boleh berubah tabiat makan ikut waktu persekitaran. Ikan likoh yang sihat dan hidup di persekitaran yang baik biasanya cantik warnanya.
Ikan likoh ni agak unik di mana walaupun ianya hanya sejenis tetapi ianya boleh menghasilkan anak yang berwarna berbeza (variati atau ras). Ibu yang berwarna emas boleh menghasilkan ikan likoh yang berwarna hijau zaitun dan adakalanya berwarna putih berkilat (dipanggil kap cermin).
Sedangkan ianya spesies yang sama… seperti kucing hitam yang melahirkan anak berwarna oren… sedangkan dari induk yang sama.
Ikan likoh ini mempunyai badan yang bulat… sisik yang besar… dan mempunyai ekor V yang tebal pangkal ekornya. Ia mempunyai sirip dorsal yang sangat panjang… dan sirip bawah yang pelvik.
Mulutnya terkehadapan dan menjuih sikit ke bawah menunjukkan ianya adalah jenis bottom feeder.
Isi ikan likoh ini sangat lembut dan cepat rosak. Kompartment perutnya pnn besar dan tebal dan lembik. Disebabkan ikan likoh ni isinya lembut… sebab itulah warga Eropah dapat terima ikan likoh ni dalam senarai menu mereka.
Berbanding kebanyakan umpun-umpun, umpun-umpun sarang atau sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing.
Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan.
Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarang.
Selain itu ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari.
Umpun-umpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan kan umpun-umpun sarang juga tidaklah susah sangat.
Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai.
Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar. Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis.
Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarang sering
bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.
Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut.
Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang.
Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh).
Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar.
Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan.
Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Jigging merupakan antara segmen memancing yang menelan belanja yang agak tinggi. Dari peralatan sehinggalah kos trip jigging, ternyata ia bukanlah hobi yang sesuai untuk semua orang.
Sekiranya anda bukan dalam golongan pemancing bangsawan, di sini kami menyediakan satu tip menyediakan assist hook dengan kos bajet.
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Panjang tali (kevlar) dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail.
Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat.
Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.
Langkah 2
Masukkan solid ring di tengah-tengah tali tersebut dan simpulkan pada satu arah.
Langkah 3
Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar di bawah.
Seterusnya, ikat tali sulam pada mata kail dengan ikatan yang anda gemari.
Masukkan shrink tube pada teras mata kail sehingga menutupi bahagian simpulan dan layurkan tube dengan api lighter.
Langkah 4
Kurang 5 minit untuk menyediakan assist hooks dengan kos bajet.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...