Soal Jawab Memancing – Nak Menggewang Siakap & Senangin Tepi Sangkar??

Share

 

SOALAN:

Bolehkah jig dan gewang digunakan untuk memancing dari atas kelong, rumah rakit atau tepi sangkar ikan? Apakah warna gewang paling sesuai untuk menawan, sekali gus menewaskan siakap atau senangin di kawasan terbabit?

 

JAWAPAN:

Tiada masalah untuk anda cuba menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.

 

Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.

 

Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.

 

Published by
Amang