Untuk pengetahuan anda, Ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus agak laju. Umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang atau lebih popular disebut cabuk, dan isi ikan kembung segar.
Bagi tali perambut pula saya mencadangkan tali yang agak kasar 40- 50 lb dari jenis tali fluorocarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada saiz umpan).
Ads
Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu ladung hidup (running sinker) saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) pada tali utama.
Ads
Memandangkan penggunaan mata lingkar, sebaiknya apabila ikan menarik umpan, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut ikan.
Ads
Dan apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali pancing pada kail. Ada yang senang tapi tak kuat. Ada yang kuat tapi tak senang pulak nak buat.
Step 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Step 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Step 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Step 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Step 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Step 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Step 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Step 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Rempit cukup sinonim dengan kelajuan. Begitu juga sifat ikan patin yang mampu memecut laju seperti merempit. Namun tabiat ini tidak berlaku kepada semua patin. Dikatakan ikan-ikan patin dalam lingkungan berat 3 hingga 5 kilogram memiliki daya pecutan yang mengelirukan. Justeru itu ikan-ikan patin dalam saiz begini dilabel sebagai patin rempit.
Patin Selipar
Patin selipar bukanlah bermakna ikan patin memakai selipar atau diperbuat daripada getah atau isinya liat seperti selipar. Sebaliknya ia merujuk kepada ikan-ikan patin bersaiz kecil. Lazimnya ikan patin yang bersaiz kurang dari 2 kg di mana saiz-saiz ikan tersebut hampir menyamai saiz selipar. Ia bolehlah dianggap sebagai ikan pengacau kerana sering mendahului ikan-ikan lain bersaiz besar mengambil umpan.
Patin Aboh
Patin abah atau lebih banyak banyak disebut sebagai patin aboh bukanlah merujuk kepada status atau pangkat. Bukan juga bermaksud patin yang sudah melepasi zaman kematangan atau sudah menghasilkan baka. Sebaliknya ia lebih merujuk kepada saiz ikan yang besar. Lazimnya ikan patin bersaiz melebihi 7 atau 8 kilogram dipanggil patin aboh.
Patin Jackpot
Perkataan podium amat sinonim dengan pertandingan. Tetapi bukanlah bermakna patin podium merupakan patin yang pernah menjuarai pertandingan. Sebaliknya patin yang bakal atau mampu menduduki podium utama. Saiznya pula bergantung kepada purata patin terberat di sesuatu kolam. Sekiranya di kolam itu memiliki patin terberat melebihi 10 kg dan anda berjaya mendaratkan patin dalam radius saiz tersebut maka patin tersebut dianggap sebagai patin podium atau jackpot.
Patin Thai
Dalam sukan memancing juga ada pemain import sebagaimana liga bola sepak. Ia lazimnya merujuk kepada ikan-ikan patin yang dibawa masuk dari Thailand. Terdapat dua jenis patin import yang popular dan menjadi spesies tarikan kebanyakan kolam pancing air tawar iaitu patin Mekong dan patin Chaophraya. Kedua-duanya mampu membesar dan bertenaga mengatasi patin tempatan.
Umumnya, ramai kaki pancing mengenali spesies belanak ini sebagai antara umpan yang efektif untuk memburu spesies predator seperti siakap dan kerapu. Namun, disebalik keberkesanan dijadikan umpan, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa ikan belanak ini amat lazat untuk dijadikan hidangan di meja makan (terutama bagi yang bersaiz besar).
Mana taknya, dengan isi yang padat dan berlemak, pastinya ia mampu membuka selera sesiapa sahaja. Belanak sememangnya boleh dipancing tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban.
Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Berbalik kepada teknik pancingan ikan belanak atau jempul, tamok dan loban ini, ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh pemancing-pemancing yang sering menduga spesies ini. Untuk makluman lebih terperinci anda bolehlah layari laman web umpan.com.my.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...