Sekiranya wujud lure yang betul-betul killer khusus untuk sesuatu spesies ikan, sudah pastinya industri pembuatan lure atau gewang tidak akan berkembang pesat seperti sekarang. Dan mungkin juga ikan siakap akan pupus umpama ditangkap menggunakan racun tuba atau bahan peledak.
Jikalau memang ada gewang yang betul-betul berkesan untuk siakap sekalipun, admin masih tidak berani untuk melabelnya sebagai killer. Ini kerana sekiranya anda menggunakan gewang tersebut dan kumpau, ia akan menjejaskan reputasi admin pula.
Ads
Walau bagaimana pun admin boleh mencadangkan untuk anda memilih gewang berdasarkan pengalaman dan teori. Saya mencadangkan gewang jenis minnow. Pilihlah gewang minnow jenis deep diver yang berbadan sedikit slim berbanding gewang crank.
Ads
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Atau gewang minnow yang agak panjang melebihi 80mm. Gewang minnow yang agak pipih tetapi panjang ini lebih menyerupai ikan belanak yang merupakan diet utama ikan siakap.
Ads
Contoh gewang yang banyak digunakan untuk casting siakap antaranya ialah Rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain lagi.
Dalam pada pemilihan gewang perlu mengikut faktor keadaan dan warna air juga. Selain itu faktor warna gewang dan kesesuaian dengan faktor air perlu diambil kira juga. Kesimpulannya, anda perlulah banyak melakukan ujian lapangan sendiri untuk mencari gewang yang betul-betul killer untuk siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi pemancing luar negara, umpan ini dikatakan agak pelik digunakan. Tapi di Malaysia ini antara umpan biasa yang sering kita gunakan untuk menjerat udang galah, baung, keli, pacu dan sebagainya.
Makanan Anjing / Kucing
Ini memang pelik bunyinya. Tapi makanan anjing dan kucing yang di dalam tin banyak diguna pakai di luar negara sebagai umpan rasuah dan juga umpan yang dicangkuk pada mata kail untuk memburu spesies catfish. Boleh cuba kat Malaysia kot?
Keju
Keju yang tajam dan berbau seperti cheddar dikatakan antara yang efektif diguna pakai sebagai umpan memancing trout dan catfish di luar negara. Cara gunanya potong kepada ketulan kecil keju dan cangkuk pada mata kail.
Hotdog (sosej)
Terkenal sebagai ‘process food’ yang popular seantero dunia. Juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif. Agak laku untuk memburu bluegill dan spesies catfish.
Marshmallow
Satu lagi makanan yang berpotensi digunakan sebagai umpan memancing. Di Malaysia, umpan marshmellow memang dah terkenal di kalangan kaki pancing kolam yang ingin memburu ikan patin.
Kismis
Kismis seperti persimmons dan mulberries amat berkesan digunakan untuk memburu ikan carp di luar negara. Mungkin lepas ni kita boleh mencubanya di Malaysia?
Gula-gula Getah / Chewing Gum
Huh, yang ni lagi pelik. Dikatakan untuk menggunakan umpan ini, paling efektif gunakan chewing gum yang berbentuk bulat kecil dan kunyahkannya beberapa minit sebelum dilekatkan pada mata kail.
Perisa yang ada pada gula-gula getah ini mampu menarik minat spesies catfish dan trout.
Donut
Dikatakan di luar negara, terutamanya di Norman Lake, North Carolina, donut perisa labu cukup efektif digunakan untuk menjerat ikan carp.
Sabun
Percaya atau tidak ketulan sabun dikatakan antara cara tradisional untuk menjerat spesies catfish. Tapi sabun yang digunakan haruslah ‘home-made’ serta bebas bahan kimia dan tiada aroma tambahan.
Memancing di kawasan sungai pegunungan ini memang memberikan lebih kepuasan buat kaki pancing yang gemarkan cabaran. Namun, risiko bahaya juga memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan-kawasan sebegini. Antara tip keselamatan yang dapat penulis cadangkan ialah seperti berikut:
Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya.
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing dan lokasi pancingan anda.
Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit. Memang mahal sedikit harga telefon satelit tetapi ia sangat membantu pada waktu kecemasan.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau sungai pegunungan.
Pakai kasut yang sesuai untuk trekking. Kasut Adidas Kampung merupakan kasut paling bajet tetapi paling disukai ramai.
Waspada ketika mengharung air. Jangan memberanikan diri mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kepala air.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Peti keselamatan cemas harus sentiasa dibawa bersama anda. Tak perlu banyak memadai ubat-ubat yang penting saja.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu, jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan.
Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
⇒Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 17 kaki.
⇒Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu.
Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
⇒Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan.
Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
⇒Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu di kekili sehingga tegang.
Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
⇒Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.
Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman tambahan
⇒Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
⇒Kadangkala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
⇒Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
⇒Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
⇒Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.
Jawapan akan diketahui di separuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
⇒Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
⇒Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
⇒Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok di dalam air.
⇒Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain di tengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
⇒Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa di mata kail.
Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
⇒Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
⇒Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
⇒Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
⇒Gangguan seperti nak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
⇒Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing di tengah sungai.
⇒Jika sungai kecil (hulu) tali boleh di rentang didalam usaha mencari lubuk udang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...