Asas utama menggewang ialah kita perlu mengenali spesies buruan. Sebarau yang diketahui mendiami sungai, empangan dan tasik boleh membesar sehingga 4 kilogram (satu saiz yang jarang sebarau dapat mencapai tahap ini kerana masalah tangkapan berlebihan). Saiz yang lumrah diperdaya dengan gewang adalah 500gm hingga 1.5kg.
Untuk sebarau 200gm hingga 500gm, cuba gewang kecil 5cm atau dipanggil gewang mikro tanpa mengira jenama.
Set pancing aksi ringan paling sesuai digunakan. Perhatikan struktur tempat ikan bermain. Kalau air cetek, guna gewang selaman cetek atau permukaan manakala air dalam guna gewang selaman dalam seperti jenis minnor.
Ads
Warna gewang turut memainkan peranan terutama warna yang seakan ikan sasaran. Warna oren mendominasi pilihan pemancing kerana ia seakan warna anak toman/haruan.
Sebarau memang pantang melihat anak toman. Justeru, warna gewang oren, merah atau emas mudah dan cepat disambar mangsa.
Ads
Bagaimanapun warna kekuningan turut menarik minat sebarau asalkan kena pada tempat dan waktunya. Seni lontaran, gaya karauan dan halaju karaun gewang turut memainkan peranan meningkatkan sambaran.
Ads
Jangan terlalu banyak melontar secara blindcast kerana bimbang akan menakutkan ikan serta memberi impak terhadap minat ikan menerjah gewang.
Tetapi yang penting, kalau kita pergi trip memancing seboleh-bolehnya jangan hanya membawa satu gewang. Cuba bawa beberapa jenis dengan kombinasi dan warna berlainan.
Buat penilaian melalui pengalaman sendiri -cabang ilmu yang terbaik dari sumber yang kita boleh percayai 100%. Kalau cerita orang lain tentu lebih hebat dari apa yang sebenarnya berlaku.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kalau kita nak potong dan buang duri sengat ikan berbisa seperti duri, sembilang dan sebagainya lagi, sebanyak makna duri sengat itu perlu dipotong? Nak potong hujung sikit je atau sampai pangkal?
JAWAPAN:
Pada pendapat admin, perkara yang menjadi kemestian kepada kepada pemancing yang ingin membawa pulang hasil tangkapan daripada memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri bisa hendaklah terlebih dulu dipotong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
Ia sebaiknya dipotong sehingga tahap maksimum. Bukan sekadar pada hujungnya saja. Sebaliknya jika ingin dilepaskan kembali, janganlah pula berbuat demikian kerana ia merupakan senjata utama ikan tersebut untuk mempertahankan diri dan juga memburu makanan.
Sebagaimana yang diketahui, duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.
Pemancing kadang-kadang terlupa untuk mematahkan sengat spesies seperti baung, keli, sembilang, duri atau lain ikan yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.
Pemancing pasti tidak mahu isteri dan anak-anak yang bakal jadi mangsa dari kecuaian sendiri atau anda sendiri yang bakal menentukan sekali lagi semasa tiba di rumah dan bukan menyerahkan kepada isteri atau memberikan anak-anak bermain dengan ikan-ikan berkenaan dalam coldbox yang belum diusik.
Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.
Sebenarnya tidak banyak perbezaan teknik memancing pada siang hari dan malam hari. Terutamanya jika anda memancing dengan teknik pancingan dasar. Sebagai contoh, jika anda memancing ikan kelah pada siang hari dengan teknik dasar, teknik yang sama boleh dipraktikkan pada malam hari.
Apa yang perlu diubah mungkin dari segi pemilihan umpan dan juga lubuk. Pada malam hari ikan kebanyakannya keluar dari tengah lubuk dan meronda ke bahagian kepala dan ekor lubuk. Oleh yang demikian, anda haruslah melabuhkan umpan di bahagian luar lubuk.
Pada malam hari juga penglihatan ikan tidak sebaik pada siang hari. Namun mereka masih mempunyai deria lain untuk mengesan makanan seperti bau dan getaran. Jadi, anda perlulah menggunakan umpan yang lebih berbau dan tidak statik pada malam hari. Umpan berbau seperti umpan tapa dan anak ikan merupakan pilihan umpan yang lebih realistik.
Sekiranya anda lebih menggemari teknik pancingan mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan, maka teknik ini agak kurang berkesan pada hari. Ini kerana kebanyakan ikan pemangsa memburu dengan deria penglihatan. Dan kebanyakan ikan pemangsa ini agak kurang aktif pada malam hari.
Jika anda masih ingin memburunya, bolehlah cuba memancingnya dengan teknik dasar menggunakan umpan hidup.
Boleh tak admin bincang perihal perangai para pemancing yang gemar pertikai apa saja tangkapan pemancing lain. Sebagai contoh, kalau kita kata ikan yang kita landed tu 20 kg, diorang cakap tak sampai 20 kg. Kalau kita kata fight ikan tu dua jam, diorang kata pulak takkanlah sampai dua jam… kalau diorang, 5-10 minit dah naik.
JAWAPAN:
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...