Memancing semasa hujan lebat sememangnya berisiko. Risikonya terdiri daripada beberapa aspek, antaranya:

 

Pertama, joran yang digunakan diperbuat dari graphite yang mampu menarik sambaran kilat oleh itu kita perlulah turunkan joran dan simpan di bawah sekiranya terdapat petir. Jika tiada petir sekali pun sebaiknya lakukan langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menjangka kejadian ribut petir.

Ads

 

Kedua, apabila kita berada di tengah laut, tasik atau di tebing sungai di mana tiada terdapat pokok atau objek yang lebih tinggi daripada kita maka kemungkinan disambar petir adalah amat tinggi.

 

Ads

Ketiga, bahaya dari kepala air, terutamanya apabila kita memancing di muara sungai dan sungai-sungai di pegunungan atau hutan serta peningkatan air secara mendadak disebabkan pengaliran air yang banyak dari hulu. Jadi segera keluar atau naik ke lokasi yang lebih tinggi kerana kepala air akan meranapkan apa sahaja di hadapannya.

 

Ads

Keempat, bahaya perubahan suhu. Ia boleh menyebabkan suhu badan kita turun dengan mendadak yang mendorong berlakunya demam. Lebih-lebih lagi kejadian hujan panas.

 

Berkenaan tahap keaktifan ikan ketika hujan lebat, saya kira tahap keaktifan sedikit berkurang jika hujan terlalu lebat. Sebaliknya jika hujan pada tahap biasa, ikan masih aktif seperti biasanya. Tetapi selepas hujan lebat terutama sekali di kawasan muara sungai sebab terdapat banyak serangga dan makanan yang dihanyutkan air semasa hujan lebat.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI