Soal Jawab Memancing – Kenapa Susah Sangat Nak Strike Siakap Kolam?

Share

 

SOALAN:

Saya masih baru lagi memulakan hobi memancing. Mancing pun kat kolam air masin je. Masalah yang saya alami ialah nak strike siakap. Saya menggunakan udang hidup yang dicangkuk pada bahagian ekor dan menggunakan pelampung.

 

Apabila pelampung tenggelam, saya terus menggulung tali dengan perlahan. Apabila tangsi tegang sedikit saya terus membuat sentapan. Tetapi malangnya tak tersangkut ikan atau mata kail terlucut. Boleh tak admin beritahu di mana salah dan silap saya dan terangkan teknik memancing ikan kolam air masin dengan betul?

 

JAWAPAN:

Teknik memancing di kolam air masin sebenarnya hampir sama saja dengan memancing ikan liar di muara atau laut. Yang membezakannya hanya setting peralatan yang digunakan. Melakukan sentapan balas sejurus ikan menyambar umpan adalah satu tindakan yang kurang tepat.

 

Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan dikemam oleh ikan seketika. Harus diketahui tabiat ikan siakap tidak terus menelan mangsa atau umpan. Apabila menyambar umpan dengan cara menyedut. Biasanya ia akan melarikan umpan sebelum menelannya. Namun ada juga yang bertindak mendiamkan diri.

 

Oleh yang demikian, apabila tali pancing menegang dan keluar dari spool menandakan umpan mula disedut dan dilarikan ikan buat seketika, barulah lakukan sentapan balas. Cara ini lebih kurang seperti memancing haruan di mana anda perlu memberi sedikit masa untuk ikan betul-betul menelan umpan sepenuhnya.

 

Published by
Amang