Ada beberapa kemungkin yang mungkin menyebabkan PB tidak mengendahkan lure yang anda lontarkan tersebut. Pertama, mungkin lure yang anda gunakan tidak menepati ciri-ciri mangsa semula jadi yang menyebabkan PB tidak mengejarnya.
Atau mungkin PB tersebut berstatus juvenil (PB kecil), sedangkan lure yang anda gunakan bersaiz besar. Tentu saja PB tersebut tidak ghairah untuk mengejar mangsa yang tidak sepadan dengan saiz dietnya.
Ads
Untuk cubaan akan datang, sebaiknya anda cari lure yang lebih kecil atau hampir menyamai saiz mangsa yang diburu oleh PB-PB tersebut. Lazimnya lure yang lebih kecil dan mirip dengan saiz dan bentuk mangsa akan lebih berpeluang disambar pemangsa.
Ads
Seperkara lain, aksi renangan lure yang anda gunakan juga mempengaruhi pemangsa atau PB untuk menyambarnya. Dalam menggayakan aksi renangan lure ini anda perlulah menguasai dengan melakukan latihan yang kerap.
Ads
Sebagai nota tambahan, sekiranya lure yang digunakan tidak dilayan oleh pemangsa, mungkin anda perlu menukarnya kepada sesudu atau spoon. Oleh yang demikian sesudu pelbagai saiz dan bentuk harus ada di dalam kotak pancing anda sekiranya pergi casting.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terlebih dahulu elok juga kita faham apa fungsi cincin atau guide pada joran. Tujuan utama cincin dipasang pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada batang joran.
Jika bergesel semasa lontaran ia akan menjejaskan kelancaran sekaligus menyebabkan jarak balingan berkurangan. Kemungkinan juga tali akan putus.
Ketika bertarung dengan ikan ia akan mengurangkan geseran dan membantu lenturan joran dengan sempurna.
Cincin ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.
Satu lagi fungsi cincin pada joran, ia berfungsi sebagaimana laras pada senapang. Di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah kita perlu menambah cincin sekiranya perlu).
Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.
Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan menyentuh umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu.
Kesimpulannya, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.
Justeru itulah kita dapat melihat joran aksi perlahan bagi pancingan dasar laut dalam memiliki cincin yang lebih banyak berbanding joran aksi sederhana dan berat.
Aktiviti panciangan di rumah rakit merupakan salah satu alternatif bagi kaki pancing di rumah rakit hampir sama dengan pancingan kelong. Namun kelebihan di rumah rakit ialah jarak pemancing dengan permukaan air tetap sama walaupun dalam keadaan air pasang atau surut.
Bagi pemancing sekitar Bagan Lalang atau Sepang pasti kenal benar dengan kawasan sekitar Wak Sempuh, lebih-leboh lagi bagi yang selalu meluangkan masa memancing di Jeti Memancing Wak Sempuh. Di sini terdapat satu rumah rakit yang beroperasi sejak 2014 lalu.
Abang Nasir yang merupakan pemilik rumah rakit ini memulakan operasi rumah rakit di sini setelah melihat potensi kawasan ini sebagai salah satu lokasi yang mampu menarik kunjungan kaki pancing. Rumah rakit ini mengambil masa kira-kira 10 minit dari Jeti Wak Sempuh dan terletak dalam sistem aliran Sungai Sepang.
Rumah rakit ini sangat selesa, bersih dan sesuai untuk kunjung santai bersama keluarga atau komplot santai bersama rakan-rakan. Kemudahan asas seperti dapur untuk memasak dan tandas juga tersedia dalam keadaan baik.
Walaupun secara kasarnya rumah rakit ini tidaklah terlalu besar, namun masih mampu menampung kehadiran 20-25 orang pemancing dalam satu masa. Terdapat dua bilik tersedia di rumah rakit ini dengan katil dan kipas angin untuk keselesaan pengunjung.
Kos bagi seorang pemancing ke sini juga sangat berpatutan dengan kadar RM30 sehari. Rumah rakit ini juga menawarkan pakej privasi iaitu hampir separuh rumah rakit ini berserta 1 bilik tidur dengan 4 katil boleh disewa dengan kadar RM300 untuk 5 orang. Bagi sewaan keseluruhan rumah rakit atau tapau habis kadar bayarannya pula sebanyak RM500.
Penulis sempat berkunjung ke rumah rakit ini bagi menduga spesies yang ada di sini. Berdasarkan pada kunjungan penulis, lokasi rumah rakit ini hampir ke muka kuala dan kebanyakan spesies yang boleh dipancing ialah spesies muara dan laut lepas.
Oleh kerana air pasang besar ketika kunjungan kami, arus sangat laju. Ikan agak kurang agresif menjamah umpan kecuali ketika pertukaran air pasang dan surut. Walaupun tidak banyak kerana keadaan air yang laju, kami masih mampu menaikkan spesies seperti ketuka, senangin, daun baru, gelama, tetanda dan malong.
Umpan yang biasa digunakan di sini ialah udang dan perumpun. Perumpun boleh dibeli semasa di jeti jika anda berhajat mahu ke sini. Selain itu, jika anda berhajat ke sini, penulis menasihati agar datang pada air pasang sederhana kerana keadaan rumah rakit yang terletak di selekoh sungai mengakibatkan arus air sangat deras ketika pasang besar.
Menurut Abang Nasir dan pengunjung yang pernah ke sini, spesies seperti siakap, kerapu dan kurau juga pernah dinaikkan di sini. Malah saiz sehingga 5kg pernah dinaikkan. Secara keseluruhannya, rumah rakit ini sangat sesuai dan selesa untuk kunjungan santai sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Gewang atau lure pada umumnya memiliki beberapa jenis karakter yang membezakannya dengan gewang yang lain. Berikut ini merupakan jenis-jenis gewang yang umum digunakan oleh pemancing dalam teknik mengilat atau casting.
Surface Lures / Top Water Lures (Gewang Permukaan)
Lure yang diciptakan untuk mengapung atau mengambang di atas permukaan air. Lure jenis ini biasanya direka sedemikian rupa mungkin agar gerakan lure di atas permukaan air menyerupai gerakan ikan yang sedang cedera atau sakit, atau haiwan lainnya seperti katak, anak itik, hingga serangga.
Pada beberapa lure top water biasanya memiliki variasi action misalnya action zig-zag atau yang familiar dengan sebutan walk the dog (WTD), action popper, dan lain sebagainya.
Sub Surface Lures (Gewang sub permukaan)
Lure ini bermain sedikit tenggelam di bawah permukaan air dan menyelam hingga pertengahan kedalaman air. Biasanya code yang sering tertera dari lure ini adalah Floating. Type floating ini sebenanya saat jatuh kepermukaan air akan mengapung terlebih dahulu, lalu kemudian ketika tali digulung lure ini perlahan-lahan akan mulai menyelam dalam tingkatan yang rendah di bawah permukaan air. Biasanya lure tipe ini akan menyelam dari 0.30 meter hingga 1 meter saja.
Diving Lures (Gewang selaman)
Lure yang diperuntukkan untuk bermain di dalam air dengan tingkat kedalaman tertentu. Jika dibandingkan dengan sub surfaces lures, lure type ini akan menyelam lebih dalam dan pada saat jatuh di dalam air akan langsung tenggelam.
Tingkat kedalaman lure ini menyelam tergantung dari design bibir lure ini sendiri, semakin lebar dan panjang pada bibirnya, maka akan semakin dalam pula lure ini menyelam. Biasanya pada kemasan tertulis spesifikasi tingkat kedalaman lure tersebut.
Mulai dari 2 M hingga dapat mencapai 5 meter pada lure yang sering digunakan untuk teknik trolling. Lure ini juga sering disebut dan diberi code dengan istilah sinking.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...