Kelakar? Jangan nak gelak sangat okey. Hehehe… bunyi macam pelik tapi itulah kebenarannya. Ya, sama seperti manusia, ikan juga memerlukan oksigen untuk hidup. Ikan tanpa air boleh menyebabkan ia kehilangan elemen utama untuk hidup.
Seekor ikan biasanya datang lengkap bersama sepasang insang yang digunakan untuk bernafas di dalam air. Insang ini digunakan untuk mengekstrak oksigen daripada hidrogen dalam molekul air yang bertujuan untuk mengawal jumlah pengambilan oksigen.
Ads
Proses ini dapat mengekalkan keseimbangan yang diperlukan oleh kedua-dua komponen air bagi membolehkan ikan bertahan hidup.
Ads
Namun, apabila ikan dikeluarkan dari air, ia akan terdedah hanya kepada udara dan tidak kepada oksigen dan hidrogen yang terkandung di dalam air. Ini akan menyebabkan insang tidak dapat mengawal pengambilan oksigen seperti biasa.
Ads
Disebabkan itu, proses keseimbangan tidak dapat dikekalkan kerana insang telah menyedut oksigen secara berlebihan di udara. Jadi, pada dasarnya, inilah yang dimaksudkan dengan ikan boleh lemas!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lazimnya ikan dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.
Saiz ikan dengkis bintik oren lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama dengkis bintik oren adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.
Dengkis bintik oren disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.
Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.
Hampir semua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau dengkis bintik oren bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus (Java rabbitfish).
Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Ikan dengkis bintik oren hanya ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.
Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.
Dengkis bintik oren adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.
Ikan dengkis bintik oren juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan dengkis bintik oren.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk dengkis bintik oren ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300 gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.
Walaupun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat rawa dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama three spot gourami, blue gourami, cosby gourami, gold gourami, golden gourami serta opaline gourami.
sepat siam
Ikan sepat ronggeng ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit di mana ukuran panjang sehingga 120mm.
Ia mempunyai warna badan perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap.
Kadang-kadang jelas berwarna kehitaman dengan hadir pada kedua-dua belah badan sepat ronggeng iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor.
Nama three spot gourami yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga.
Sirip ekor berlekuk dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air.
Warna tubuh ikan ini amat bervariasi. Bergantung kepada spesies atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza.
Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Purata ikan sepat ronggeng sekitar 2.3-2.5 kali lebih panjang dari lebar badan.
Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut.
Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indochina, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar.
sepat siam, sepat ronggeng, puyu dan selat
Ikan sepat Siam (T. pectoralis) atau dalam Bahasa Thai, pla salit adalah satu spesies ikan yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan.
Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang, terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air.
Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.
Sebagian besar makanan sepat siam adalah tumbuh-tumbuhan air dan lumut. Namun ikan ini juga memangsa haiwan-haiwan kecil di air, termasuk ikan-ikan kecil yang muat di mulutnya.
Ikan ini sering ditemui di tempat yang terlindung oleh tumbuhan atau sampah-sarap yang tersangkut di tepi air. Ikan sepat siam menyimpan telur-telurnya dalam sebuah sarang buih yang dijaga oleh si jantan.
Sebagaimana kerabat dekatnya dalam keluarga gurami, sepat Siam tergolong dalam rumpun Anabantoidei. Taburan asli ikan ini adalah di wilayah Asia Tenggara, terutama di
lembah Sungai Mekong di Laos, Thailand, Kamboja dan Vietnam; juga dari lembah Sungai Chao Phraya. Ikan ini diperkenalkan ke Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Papua New Guenia, dan Sri Lanka.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sehingga artikel ini dihasilkan pun saya masih keliru untuk mengklafisikasi ikan merah dengan tepat. Setelah merujuk beberapa sumber termasuklah laman sensawang perikanan paling efisien, Fishbase, barulah kekeliruan ini dapat dihuraikan. Namun tidak banyak keterangan tentang spesies ini malah nama globalnya juga berubah-ubah dengan nama saintifiknya.
Secara umumnya ikan merah diklasifikasi dalam keluarga besar Lutjanidae (snappers atau ikan lutjan sebagaimana ikan merah lain serta jenahak). Ikan merah merupakan spesies marin tropika dan lebih menggemari kawasan berterumbu karang dengan perairan berkedalaman dari 5 hingga 100 meter.
Taburan ikan merah meliputi Indo-Pasifik Barat: Teluk Persia dan Teluk Oman ke Fiji, utara ke selatan Jepun dan Pulau Jeju, Korea, selatan ke Wales Selatan Baru, Australia dan New Caledonia.
Nama saintifik spesies ini telah menimbulkan kekeliruan dan disebut sebagai Lutjanus malabaricus (non Schneider) atau Lutjanus altifrontalis oleh banyak penulis baru-baru ini. Penemuannya di Laut Merah adalah kesalahan identifikasi.
Spesies L. erythropterus ini dikenali sebagai common snaper, red snapper dan crimpson snapper ini mencapai kematangan apabila mencecah 50cm panjang. Ia mampu membesar sehingga 81cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 45cm. Dilaporkan merah pucat ini mampu hidup sehingga 8 tahun.
Spesies dewasa gemar mendiami dasar lubang dan terumbu karang. Mereka hadir di atas beting, puing-puing, karang, epibenthos besar, substrat lumpur keras atau berpasir dan terumbu lepas pantai.
Biasanya dalam kelompok. Spesies juvenil dari panjang sekitar 2.5 cm menghuni perairan cetek di atas substrat berlumpur.
Ikan merah menjadikan diet dari pelbagai jenis mangsa yang didominasi oleh ikan, dan dengan sejumlah kecil krustasea, cephalopods dan invertebrata bentik lainnya. Mereka kebanyakan mencari makan pada malam hari.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...