Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
Ads
Walau bagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
Ads
Ads
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Menurut istilah, sauh adalah sejenis benda yang diperbuat daripada besi ataupun logam untuk menambat kapal agar tidak berpindah ke tempat lain kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Sauh merupakan salah satu alat yang tidak kurang pentingnya ketika memancing menggunakan sampan atau bot. Terutama ketika di laut atau pun di lokasi yang kurangnya tempat untuk menambat bot. Penggunaan sauh dapat membantu bot pegun di lubuk yang dikehendaki.
Bahkan logo sauh juga telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim. Namun di sebalik penggunaannya, terdapat teknik mengikat sauh dengan betul bagi kegunaan perahu kecil. Tidak kira ia dibeli yang telah siap dan dijual di kedai-kedai marin ataupun sauh yang dibuat sendiri ia perlu ada sifat-sifat keselamatan.
Hampir setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh. Kenapa ia direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita.
Bagaimana sauh berfungsi?
Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku. Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot.
Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang dikehendaki.
Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Saya masih keliru bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan perambut panjang (3-7 depa) bersama tanduk dan perambut apollo 2-5 mata kail bagi sesuatu trip memancing laut dalam. Boleh tak admin bagi nasihat perambut yang mana satu perlu saya guna?
JAWAPAN:
Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu. Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk. Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut. Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil. Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot. Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Bagi pengusaha bot-bot sewa ataupun pemilik bot persendirian, ekoran pandemik Covid-19 ini sudah tentu akan membataskan sedikit tempahan atau pergerakan pemancing untuk menyewa ataupun menggunakan perkhidmatan bot.
Inilah masa yang boleh diambil untuk membuat ‘major servis’ terhadap enjin dan juga bot. Tidak kira bot untuk pancingan di tasik ataupun laut, tempahan untuk membawa pemancing akan sedikit berkurangan.
Membuang garam yang melekat pada enjin mampu memanjangkan hayat enjin sangkut.
Enjin Bot
Bagi enjin 2 lejang dan 4 lejang kedua-dua model ini perlu diselenggarakan mengikut jadual secara keseluruhan. Sebagaimana kita menjaga kenderaan darat, semua aspek perlu dilihat seperti wiring, plug, minyak enjin dan juga bahagian lain.
Major servis adalah perlu bagi memastikan enjin dalam keadaan baik kerana ia adalah nadi utama penggerak bot. Bagi enjin sangkut periksa minyak gear box dan tukar mengikut jadual.
Penukaran minyak gear box perlu dibuat mengikut jadual.
Bahagian ini sering diabaikan kerana ia terletak di bahagian bawah enjin, namun penggunaan minyak enjin yang berkualiti mampu memberi ketahanan yang lebih lama kepada gigi gear untuk memusingkan propepler.
Bagi enjin 4 lejang minyak enjin perlu ditukar mengikut penggunaan mengikut kadar jam. Tidak seperti enjin 2 lejang yang menggunakan pelincir tambahan TCW yang hanya perlu menjaga minyak kotak gear.
Periksa rubber impeller dan tukar segera jika telah rosak.
Bahagian-bahagian lain yang perlu ditukar adalah plak dan kaburator perlu juga di servis bagi memastikan bahan bakar sampai ke piston dengan lancar. Untuk bahagian lain ia perlu diperiksa dengan teliti seperti kabel pemulas minyak, coil api, dan rubber impeller.
Fuel filter dan coil api perlu di periksa.
Sistem hidrolik steering juga perlu di selenggara.
Bot
Tidak kira bot aluminium, fiber atau bot kayu semua jenis pembuatan ini akan menjadi usang dimakan usia. Untuk bot aluminium kelebihan aloi membolehkan ia tahan lama namun perlu diingat impak perlanggaran dengan tunggul kayu atau batu mampu merosakkan perut sampan.
Angkat sampan ke darat dan periksa bahagian bawah.
Bot Aluminium juga perlu di selenggara dan diperiksa di bahagian penyambung lantai dan dinding. Kebiasaannya ia menggunakan gam silikon yang menahan air daripada masuk ke dalam bot.
Bagi bot fiber pula sebaiknya diangkat ke darat dan di periksa di bahagian bawah bot untuk membuang teritip ataupun benda asing yang melekat pada badan sampan. Periksa bahagian tulang pengikat enjin dan sila pastikan bahagian ini masih kukuh dan tiada rekahan.
Memeriksa bahagian pendakap enjin agar sentiasa dalam keadaan baik dan tidak retak.
Bagi bot kayu kebocoran perlu di tampal segera kerana bot kayu lebih cepat menyerap air dan lebih berat.
Ambil masa memeriksa enjin dan sampan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik agar semasa trip memancing masalah-masalah besar tidak berlaku. Harta boleh dicari tetapi nyawa tidak ada galang gantinya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...