SOALAN:
Salam admin… saya nak mintak tolong admin sediakan tarikh yang sesuai untuk memancing di laut. Kalau boleh jelaskan jugak perihal air besar dan air mati yang tak sesuai untuk memancing ni.
JAWAPAN:
Fenomena air mati dan air besar adalah dipengaruhi sepenuhnya dengan peredaran bulan. Oleh itu kalendar Islam ataupun Cina amat baik untuk dijadikan rujukan. Setiap pemancing wajib mengetahui fenomena air ini jika kerap memancing di laut. Sila rujuk dan hafal jadual yang disediakan ini:
Hari bulan (hijrah) Fasa air
28-3 Adalah air besar fasa pertama
4 -9 Adalah air mati fasa pertama
10 Air mulai bergerak fasa pertama atau digelar air penghulu pertama
10-12 Air mulai besar fasa kedua
13-16 Adalah air besar fasa kedua
17-22 Adalah air mati fasa kedua
23 Air mulai bergerak fasa kedua atau digelar air penghulu kedua
23-27 Air mulai besar fasa pertama
Tambahan
Jika anda ingin keluar memancing ke laut dalam pilihlah hari bulan 4-9&10 bagi fasa pertama, hari bulan 17-22&23 bagi fasa kedua.
Hari bulan yang lain arus laut amat kuat dan laju jadi lebih sesuai memancing di pantai. Perlu diingatkan yang hari yang terbaik adalah kedua-dua hari bulan air penghulu iaitu hari bulan 10&23, kedua-dua hari ini amat sesuai untuk memancing laut dalam ataupun pantai.