Umumnya, ramai kaki pancing mengenali spesies belanak ini sebagai antara umpan yang efektif untuk memburu spesies predator seperti siakap dan kerapu. Namun, disebalik keberkesanan dijadikan umpan, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa ikan belanak ini amat lazat untuk dijadikan hidangan di meja makan (terutama bagi yang bersaiz besar).
Ads
Mana taknya, dengan isi yang padat dan berlemak, pastinya ia mampu membuka selera sesiapa sahaja. Belanak sememangnya boleh dipancing tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban.
Ads
Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Ads
Berbalik kepada teknik pancingan ikan belanak atau jempul, tamok dan loban ini, ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh pemancing-pemancing yang sering menduga spesies ini. Untuk makluman lebih terperinci anda bolehlah layari laman web umpan.com.my.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Dalam pada masa yang sama, seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Ubat Penghalau Serangga
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Pakaian Sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Pancing Berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Unggun Api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Risiko Kecederaan
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
“Tips… bahasa halus bagi rasuah. Pasal itulah Islam haramkan amalan ini kerana akibatnya. Walaupun dah digaji… tap kalau tak dibagi tips, lebih kurang je servisnya tapi bila dialas ‘tips’ tetiba ada energy macam minum extrajoss!”
MOHAMMAD NASIR
“Memang patut sangat dihapuskan. Entah siapa la yang pandai-pandai bagi tips. Bukan apa, takut nanti next trip awak-awak jadi pemalas. Baru naik dah mintak rokok sorang sekotak. Barang masak yang kita punya dia simpan… bila komplen kata owner bot kata kita ni kedekut pulak.”
PAING FAIZ
“Kalau kita puas hati dengan servis tekong, tak salah kalau kita nak bagi tips. Mungkin kali kedua kita langgan servis dengan tekong sama, layanan mungkin lebih baik. Tiada istilah pilih bulu bagi saya, sebab itu sumber pendapatan mereka. Mereka akan rugi kalau bersikap double standard dengan pelanggan sendiri.”
MOHD SUFIAN AHMAD
“Pada saya, tak perlu kot rasanya… kita dah bayar duit trip tu termasuk segala keperluan pemancing. Sebagai tekong kena la ikhlas dalam kerjanya… tekong mantap nanti orang repeat lagi dan hebahkan kemantapan diorang tu.”
TAIB AZIZAN
“Apa pulak tips ni? Yang bagi duit sewa tu tak cukup ka? Kalau tekong bawa tempat yang takda ikan atau sebagainya boikot jelah. Pemancing dan tekong berpisah tiada saling perlu memerlukan dan juga perlu diingatkan iaitu customers always right…”
FENDI YUSOF
“Pada pendapat saya laa… tak salah malah wajar sebenarnya kalau kita nak bagi hadiah atau tips sebab berpuas hati kepada tekong yang jujur, rajin, mesra, sudi beri tunjuk ajar dan tidak kedekut ilmu, sentiasa menjaga keselamatan kita sehingga kita sampai ke jeti. Ia lebih kepada penghargaan dan terima kasih kepada tekong tersebut atas jasa dan servis yang terbaik yang diberikan kepada kita.”
NAZIBJ JAMAIN
“Saya tak pernah bagi tips kat tekong… bayar seperti yg dijanjikan. Tapi hasil pancing saya offer untuk tekong kalau nak buat lauk kat rumah. Selebihnya baru bagi sama rata.”
AKIRA ESPIE
“Saya selalu akan bagi tips kalau servis cantik. Bayar ribu-ribu pun takpe janji dia ikhlas tolong kita. Lepas tu dapat tips pulak.”
ZAID EDRIEKA
“Ada pemancing beri tips pada tekong sebagai tanda puas hati dengan servis yang diterima. Tapi jika tekong minta tips sebelum bagi servis itu yang patut dielakkan.”
Kemampuan tenggiri memotong mangsa seperti pisau amat tajam, menggonggong dan terus melarikan mangsa dengan pergerakan pantas. Jangan perkecilkan kebolehan ikan ini berenang. Jika tidak ingin berputih mata jangan biarkan ia mendahului kita dan tali pancing hendaklah sentiasa tegang.
Kayuhlah sebeberapa laju kekili yang anda mampu ketika ia datang menyusuri arah anda. Ini bertujuan mengelakkan ia menggeleng kepala berulang kali dalam cubaan melepaskan mata kail di mulut.
Inilah salah satu kelebihan buat tenggiri bagi menidakkan hasil buat pemancing. Tali kendur pula memberi peluang kepadanya memotong perambut tangsi dengan mudah. Ia akan melurut tangsi sebelum ‘zussss’ potong tanpa rasa lagi.
Tenggiri gemar menyambar mangsa dan terus melarikan umpan. Ia akan berpatah balik dan jarang berlawan bertentangan dengan pemancing. Pergerakannya sempurna, padu dan senyap.
Mengenal tabiat tenggiri secara mendalam sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika berhadapan dengannya di padang pancing. Kalau tidak kita akan mudah dipermainkannya.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...