Apabila kita berkunjung atau memancing di kolam air tawar, kita akan dapat melihat pemancing meletakkan joran pada pancang dengan pelbagai kaedah.

Ada yang meletakkan joran secara menegak, mendatar, mendongak dan juga menunduk hampir mencecah air kolam.

 

Ads

Pada pendapat saya tiada yang salah atau betul dalam perkara ini. Jika ada penerangan di sebaliknya mungkin berkaitan dengan teknik pancingan yang diamalkan atau bagi menyesuaikan keadaan dengan geografi kolam.

 

Sebagai contoh, jika kolam tersebut bertebing tinggi maka teknik menundukkan joran hingga mencecah lebih sesuai.

Ads

Malah, dengan meletakkan joran menunduk ke air juga adalah lebih selamat dari terbang ke dalam kolam sekiranya pancing direntap kasar oleh ikan.

Ini kerana tarikan mengejut dari ikan boleh menyebabkan joran terlepas dari pancang jika diletakkan dalam keadaan mendatar atau mendongak.

Ads

 

Jika mempraktikkan teknik pancingan apung maka meletakkan joran dalam keadaan menegak adalah lebih pratikal. Dengan cara itu lebih mudah untuk melihat atau mengesan sebarang pergerakan tali pancing di permukaan air.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI