Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
IKLAN
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
IKLAN
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
IKLAN
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mungkin korang pernah dengar istilah memancing seperti kumpau atau rentung. Istilah-istilah berkaitan dengan memancing ini ada macam-macam. Begitu juga dengan istilah yang berkaitan dengan ikan toman.
Mamato / Mama Toman
Mamato atau mama toman lebih menjurus kepada induk toman yang hadir bersama kumpulan anaknya dan merupakan toman yang menjadi buruan utama. Walaupun mama toman tidak semestinya bersaiz besar namun induk yang bersaiz melebihi 5 kilogram senantiasa menjadi sasaran untuk kepuasan pertarungan.
Toman Jalur
Istilah toman jalur bukanlah merujuk kepada spesies, sebaliknya julukan kepada toman juvenil atau toman kecil yang masih belum pecah belang atau jalur hitam pada badannya. Ia bukanlah satu hasil tangkapan yang membanggakan malah dianggap sebagai hiburan atau pemanas badan untuk memburu saiz yang sebenar.
Toman Rempit
Toman rempit pula lebih merujuk atau menjurus kepada toman yang memiliki daya pecutan deras umpama sebarau. Ia juga boleh merujuk kepada toman juvenil yang sudah melepasi peringkat toman jalur yang sudah pecah corak dengan berat saiz sekitar satu kilogram. Berikutan masih remaja itulah ia memiliki daya renangan yang agak mengelirukan.
Toman Bujang
Skop toman bujang ini agak meluas kerana ia bukan sahaja meliputi saiz dan jantina. Toman bujang ada yang bergerak secara solo dan juga berkumpulan. Namun ia lebih menjurus kepada toman yang tidak berpasangan atau bukan induk.
Toman Negro
Toman negro merupakan istilah atau panggilan yang diwujudkan bagi merujuk kepada warna badan toman yang hampir seratus peratus hitam. Untuk tempoh tertentu, tidak dapat dipastikan ia berlaku ketika musim mengawan, bertelur atau period menjaga anak, rona warna sebahagian toman bertukar ungu gelap atau hitam peka.
Toman Cendol
Toman cendol juga bukan merujuk kepada spesies tetapi lebih kepada situasi di mana kejayaan mendaratkan toman dengan jumlah yang banyak. Lazimnya juga saiz-saiz toman yang banyak didaratkan itu juga kecil-kecil umpama toman rempit.
Toman Komando
Jika toman negro dikaitkan dengan warna badan toman yang hampir seratus peratus hitam, toman komando pula merujuk kepada warna badannya yang hijau bertompok hitam umpama uniform celoreng askar.
Toman Air Payau
Walaupun toman hidup di sungai, tasik, lombong dan paya, namun ia satu kebanggaan bagi pemancing apabila berjaya mendaratkan toman yang habitatnya di sungai berdekatan sistem air payau. Ini kerana toman sungai dikatakan lebih kuat dan berkuasa berbanding habitat lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas. Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang.
Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun. Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang.
Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensyional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air.
Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...