Soal Jawab Memancing – Boleh Ke Guna Teknik Apung Memancing Malam Kat Laut??

Share

 

Memancing sewaktu malam adalah satu kaedah yang amat saya gemari sekali dan selalunya saya memancing dengan 4 kaedah iaitu:-

 

Pertama, memancing dengan menggunakan pelampung iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung komersial.

 

Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya sekira nya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3 – 5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.

 

Kedua, saya juga memancing secara tradisi yang dipanggil gek-gek (bahasa loghat Kedah) di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz no 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3 – 4 meter dari umpan seekor ikan atau sotong.

 

Tali utama kemudian dilepaskan lebih kurang 30 – 40 meter ke dasar laut. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan ‘sukan’ berada di pertengahan air.

 

Ketiga, saya juga suka jig pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lutsinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.

 

Keempat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana ladung di biarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar.

 

Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1-2 meter panjang.

 

Published by
Amang