Soal Jawab Memancing – Boleh Hidup Ke Ikan Selepas C&R??

Share

 

Saya telah melalui banyak pendapat sebagai seorang pemancing yang telah memancing sekian lama tentang subjek di atas. Yang lebih menyedihkan adalah saya telah menyaksikan sendiri stok ikan amat berkurangan dari zaman saya mula berkecimpung dengan hobi memancing dulu dan sekarang.

 

Soalnya apakah yang kita perlu buat untuk menjaga supaya sumber ini tidak terus berkurangan atau pupus?

Kita boleh menunjuk jari kepada banyak fakta tetapi sebagai seorang pemancing apakah yang kita boleh buat untuk membantu alam untuk sumber ikan ini dapat berterusan (sumber ikan asal atau tempatan, bukannya ikan pendatang). Salah satu cara adalah dengan amalan catch and release (C&R).

 

Amalan konsep C&R telah diamalkan di kebanyakan negara maju seperti di England, Amerika Syarikat, Australia dan banyak lagi sejak satu dekad yang lalu dan tahap keberkesanannya yang memberangsangkan dilihat pada merata rata negara yang mengamalkan nya. Ia bukan satu perkara yang baru di dunia.

 

Saya sendiri pernah memancing seekor ikan toman di Tasik Temenggor di mana terdapat 3 bentuk mata kail di mulut ikan tersebut, pada apa yang kami lihat, kail yang terdapat pada mulutnya berbeza masa oleh sebab tahap karat pada kail tersebut ada yang karat teruk, ada yang separuh karat dan ada yang baru.

 

Yang menggembirakan saya adalah ia seekor ibu yang membawa anak-anak toman yang masih merah lagi. Ini menunjukkan bahawa ia pernah di pancing sebanyak 4 kali dan kini masih hidup untuk bertelur dan menghasilkan baka-baka untuk meneruskan sumber ikan.

 

Kita tak dapat tahu adakah ikan itu dapat hidup seratus peratus selepas di lepas tapi kita tahu ia akan mati seratus peratus sekiranya kita tidak lepasnya. Saya rasa ia bukan mitos tetapi satu amalan yang perlu dipraktikkan oleh setiap pemancing yang cintakan hobi memancing ini.

 

Konsep C&R bukan hanya pada melepaskan ikan sahaja tapi ia perlu mengambil kira alatan yang digunakan untuk memancing, cara pendaratan (landing) ikan, cara menangani tangkapan (handling) dan cari merawat ikan (reviving) yang kita akan bincang pada masa hadapan.

 

Published by
Amang