Terdapat beberapa cara untuk kita menaikkan ikan ke darat atau sampan tanpa menggunakan alat bantuan seperti gancu, tangguk atau lip grip. Namun hanya tiga cara yang dianggap paling selamat. Sebelum itu pastikan anda meletihkan toman terdahulu agar lebih mudah pengendaliannya nanti.
Pertama, anda boleh menyeret ikan tersebut ke darat dengan menggunakan kekuatan tali pancing. Pegang leader dan tarik tanpa perlu mengangkatnya ke atas. Namun cara ini boleh dilakukan di tebing landai saja. Tidak sesuai jika tebing tinggi atau di atas bot.
Ads
Cara kedua, apabila toman sudah kelihatan dan berjaya ditarik ke gigi air, anda boleh mencekak jari ke dalam rongga mata toman. Cara ini mungkin berisiko sekiranya toman masih aktif namun ia tidak akan mencederakan ikan.
Ads
Ads
Cara ketiga dan merupakan paling selamat ialah dengan memegang bahagian bawah perut ikan. Bahagian perut bawah perut ikan merupakan kawasan yang agak sensitif dan boleh membuatkan ikan akan pasif apabila dipegang.
Kesemua caranya ini perlulah dilakukan dengan cermat dan penuh keyakinan kerana sebarang tindakan teragak-agak boleh menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. Ini kerana walaupun kelihatan sudah lemah, toman kadang-kadang boleh bertindak agresif tanpa dijangka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak tuan admin kongsi tip memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang? Umpan, perambut dan teknik. Selalunya saya target ikan alu-alu guna umpan ikan todak… tapi nak dapat todak tu macam mana?
JAWAPAN:
Berdasarkan soalan saudara ini, saya merasakan pengalaman saudara memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang itu sudah mengatasi pengalaman saya. Oleh yang demikian, saya memilih untuk menjelaskan teknik memancing todak atau banang untuk dijadikan umpan alu-alu, yang merupakan ikan sasaran saudara.
Saya tidak pasti teknik ini berkesan untuk memancing todak di bawah jambatan itu tetapi ia sangat berkesan sewaktu saya memancing di beberapa kelong. Perkara pertama yang anda perlu cari dahulu ialah umpan untuk todak itu sendiri. Biasanya saya akan akan cari ikan bilis atau tamban kecil dengan menggunakan apollo.
Sebaiknya guna mata apollo saiz 4. Selepas itu saya hanyutkan umpan bilis atau tamban dengan teknik apungan. Pastikan umpan terapung di permukaan air kerana todak sememangnya gemar menyambar mangsa di permukaan air. Mata kail pula pilihlah mata kail bersaiz kecil, ringan dan tajam.
Sekiranya tiada umpan hidup, ikan tamban yang sudah mati juga boleh digunakan. Ikan tamban tersebut dibersihkan sisiknya terlebih dahulu. Kemudian ikan tamban itu dibelah dua (hiris memanjang pada tulangnya) dan ambil isinya sahaja sebagai umpan.
Gunalah sekurang-kurangnya 2 mata kail bersaiz kecil bagi mencangkuk umpan ikan itu kekalkan teknik yang sama sebagaimana menggunakan umpan hidup.
Saya masih berbelah bagi sama ada nak ikat kabel pada Pintail. Saya pernah dengar orang kata kalau pakai perambut kabel tenggiri boleh nampak dan tak akan sambar Pintail tu. Tapi kalau tak pakai perambut kabel, takut pulak Pintail tu lebuh kena cukai. Tau-tau sajalah harga Pintail seketul sekarang ni. Mohon admin bagi pencerahan sikit.
JAWAPAN:
Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Boleh tak kalau kita guna jig (metal jig) untuk casting sebarau? Ada kemungkinan tak sebarau akan makan jig?
JAWAPAN:
Benda boleh jigging kenapa nak kumpau? Ya… boleh dan sememangnya boleh untuk menggunakan metal jig sebagai gewang untuk casting sebarau.
Dan cara ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan oleh ramai pemancing beberapa tahun ke belakang.
Dalam pencarian sebarau di tasik atau sungai sekali pun, jangan sesekali terlupa membawa jig bersaiz kecil (mikro jig) bersaiz 10-20gram dalam kotak gewang anda.
Bagi mata kail pula anda boleh gunakan assist hook dan juga single hook. Penggunaan assist hook berserta bulu berwarna turut membantu.
Menggunakan jig sebenarnya jauh lebih berkesan berbanding spoon sekiranya ada boiling kerana ia mampu dilontar lebih jauh dan pantas daripada spoon.
Malah ada pemancing yang berjaya mendaratkan dua ekor sebarau sekali gus hasil menggunakan jig ini di Tasik Kenyir.
Selain dari menggunakan mikro jig ketika boiling, ia juga boleh dimainkan dengan kaedah light jigging sebagaimana dipraktikkan di laut.
Ia boleh dilontar dan dikayuh laju sebagaimana teknik cast jig. Bahkan, anda juga boleh gunakan mikro jig ini mengunjun sebarau di kawasan sarangnya seperti batang kayu balak dan sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...