Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai. Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit. Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Ads
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit. Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Ads
Ads
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati. Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lebih 70% sebarau didaratkan menggunakan spoon atau sesudu. Ia bukan saja berkesan digunakan ketika sebarau sedang frenzy mengerjakan anak ikan, tetapi turut efisien mengambil ikan di pra permukaan dan dasar sungai.
Apa saja jenis spoon boleh digunakan namun spoon yang berbentuk lebar seperti Abu Island lebih berkesan. Dipercayai juga spoon yang diletakkan blade berwarna merah lebih membantu. Hal ini telah dibuktikan apabila kami menggunakan spoon sama jenis namun yang memiliki blade lebih tinggi peratusan strike.
Warna spoon juga memainkan peranan tersendiri. Memandangkan air tasik di sini agak jernih maka spoon kekuningan atau keemasan lebih efektif berbanding spoon berwarna kilat atau chrome. Kadar peratusan strike lebih tinggi jika spoon dibiarkan tenggelam hingga ke dasar sebelum dikarau laju menaik.
Ini adalah kerana kebanyakan dasar lubuk di sini terdiri dari batu-batu bertindan dan berlubang yang menjadi kediaman mewah sebarau ketika cuaca panas. Namun peratusan spoon tersangkut juga tinggi. Sementara penggunaan mata kail tunggal dapat membantu mengatasi perkara ini. Walau bagaimana pun peratusan strike pula lebih baik jika menggunakan mata tiga.
Sebagaimana viral penggunaan spinner blade ketika ini di tanah air, sebarau Thailand ternyata turut terpedaya dengan lenggokan blade dan kilauan spinnernya. Model Ima Spin gulf yang digunakan oleh seorang peserta contohnya, menerima paling banyak patukan dan strike.
Ia laku keras sehinggalah `keras’ di dalam lubuk setelah tersangkut pada dahan pokok tenggelam di tengah tasik.
Sebagaimana penggunaan spoon, spinner blade ini turut menerima banyak strike dari sebarau pelbagai saiz. Cuma peratusan hook up agak berkurang berikutan hanya menggunakan mata tiga kecil di bawah perut blade.
Kelemahan juga sama seperti spoon iaitu sukar untuk diselamatkan sekiranya tersangkut pada sesuatu objek di bawah air walaupun menggunakan lure retriever.
Pencil
Sekiranya anda ingin satu game yang mengasyikkan dan mendambakan sambaran dari monster Tasik Banglang, maka gewang yang perlu anda fokus dan digunakan dengan tekun serta sabar adalah gewang permukaan.
Namun bukanlah popper, sebaliknya pencil. Boleh dikatakan popper yang kami gunakan langsung tiada sambutan. Jika ingin mencuba juga ia perlulah digayakan hampir tiada gaya. Atau dalam bahasa mudahnya perlu dimainkan dengan amat perlahan.
Bunyi pop dan percikan air yang dihasilkan seperti langsung tidak mampu menarik perhatian sebarau. Pencil seperti Duo Realis, Rapala Skitter V dan Ima Skimmer bukan saja mencakop malah berjaya memperdayakan sebarau-sebarau mega Banglang Dam.
Saya ingin tahu cara-cara dan teknik untuk memancing belut. Apakah umpan yang sesuai untuk memancing spesies ini dan mata kail nombor berapa patut digunakan?
JAWAPAN:
Belut merupakan salah satu spesies yang agak unik. Nak kata ular, bukan ular… nak kata ikan tapi tak sama dengan ikan yang lain. Dengan bentuk fizikal yang agak panjang dan licin, belut seringkali disalah anggap sebagai ular jika bertembung secara tidak sengaja.
Apa sekalipun, belut mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi malah sering mendapat permintaan untuk dijadikan hidangan makanan.
Spesies berbadan licin ini biasanya boleh ditemui di kawasan sawah bendang. Terdapat 2 cara yang biasanya digunakan untuk menjerat belut. Salah satu daripadanya ialah dengan cara memancing.
Biasanya memancing belut agak sukar bagi pemancing yang tidak biasa dengan pancingan belut. Umpan yang boleh digunakan termasuklah perut ayam dan jantung ayam.
Cara memancingnya pula ialah dengan mengenal pasti lubang yang menjadi habitat kepada belut ini sebelum dihulurkan umpan tadi ke dalam lubang belut.
Buat sedikit pergerakan pada umpan untuk menarik perhatian belut. Mata kail bersaiz nombor 2 sudah memadai untuk memancing belut.
Selain cara memancing, belut juga boleh ditangkap dengan menggunakan perangkap yang dipanggil ‘tukil’ yang secara tradisionalnya diperbuat menggunakan buluh.
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ikan air tawar?
BLACK: Alhamdulillah… sedar tak sedar sudah tahun ke-8 saya mengusahakan perniagaan umpan memancing kolam air tawar.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
BLACK: Saya memilih atas minat dari kecil dengan dunia memancing. Pada awalnya saya hanya menghasilkan umpan untuk memancing ikan rohu iaitu Minyak Ara.
Suatu ketika dulu pancingan rohu begitu popular mengatasi patin. Kemudian barulah saya hasil umpan patin pula iaitu Umpan Ara.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
BLACK: Banyak halangan ketika mula-mula menceburi dunia penghasil umpan memancing kolam ni. Banyak mata yang memandang serong.
Namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini. Malah untuk meyakinkan dan menarik kepercayaan pengguna juga salah satu cabaran.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
BLACK: Secara jujurnya, tiada satu pun umpan pancingan kolam air tawar yang boleh menjamin strike. Saya hanya berusaha.
Alhamdulillah saya cipta umpan ini khusus untuk ikan air tawar bagi memudahkan para beginner yang baru berjinak-jinak dengan dunia air tawar. Cara penggunaan pun sangat fleksibel buat para pemancing.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?
BLACK: Sebagaimana yang telah saya nyata, saya hasilkan umpan ini sebagai ikhtiar untuk para pemancing baru.
Walaubagaimana pun Alhamdulillah pencapaiannya agak membanggakn setakat ini para pemancing berjaya membawa pulang hasil dengan penggunaan umpan ini.
Malah ada juga yang berjaya dalam pertandingan memancing sehingga ke podium.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...