Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa katak adalah umpan yang paling kerap digunakan untuk memancing haruan. Katak dikatakan umpan paling yang efektif dan murah untuk menjerat spesies snakehead ini.
Namun, tidaklah bermakna hanya katak saja yang akan disambar oleh kerana bukan hanya katak sahaja yang merupakan diet utama haruan.
Ads
Sebagaimana dinyatakan dalam ruangan Info Spesies bagi haruan, katak bukanlah diet utama haruan. Sebaliknya katak hanyalah rantaian makanan sebagaimana ia memakan amfibia, reptilia, serangga atau haiwan-haiwan akuatik lainnya.
Hanya kerana katak ini lebih mudah ditemui oleh pemancing untuk digunakan sebagai umpan berbanding diet utama haruan.
Ads
Oleh yang demikian, haruan juga boleh dipancing dengan menggunakan kaedah umpan hidup yang lain seperti cicak, belalang, anak ikan, udang dan cengkerik. Sementara umpan umum yang banyak digunakan selain katak ialah cacing.
Ads
Saya sendiri pernah berpengalaman memperolehi haruan dengan menggunakan umpan cacing, walaupun tujuan sebenar adalah untuk memancing ikan lain. Tetapi ia sudah cukup membuktikan bahawa cacing boleh digunakan untuk memancing haruan.
Sedikit tip yang boleh dikongsikan, cubalah cangkuk 3-5 ekor cacing pada mata kail. Jumlah cacing yang banyak ini lebih cepat menarik perhatian haruan berbanding hanya menggunakan seekor saja. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perambut merupakan kombinasi tali pancing dengan mata kail, batu ladung atau pelampung, yang disambungkan dengan tali utama adalah peralatan penting untuk memancing.
Kegunaan jenis-jenis perambut dipengaruhi beberapa faktor tertentu seperti spot memancing, spesies ikan yang ditangkap, waktu memancing, keadaan kejernihan dan arus air serta banyak lagi.
Perambut berdasarkan ikan sasaran
Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘floating’ jika arus perlahan. Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3 meter atau 3 depa lebih. Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah pancingan dasar.
Perambut bagi lubuk berstruktur
Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup. Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu ladung dan kili apabila perambut putus.
Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus. Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul.
Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kurang dari 3kaki bagi mengelakkan ia dari bersimpul dengan tali utama.
Perambut berdasarkan waktu
Jika memancing waktu siang, gunakan leader bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan. Seandainya memancing pada waktu malam, perambut yang lebih kasar bolehlah digunakan.
Perambut untuk air jernih
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan.
Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1 meter sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik. Setakat umpan biasa-biasa (umpan mati), ikan takkan layan punya!
Jika air kelihatan keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan. Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.
Perambut berdasarkan faktor arus
Ketika arus agak laju, sebaiknya gunalah perambut yang lebih panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang. Ketika arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul bersama umpan dan tali utama.
Apa yang menyebabkan ikan pemangsa menyambar atau menghentam gewang yang digayakan?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan ikan menyerang atau menyambar gewang. Oleh kerana ikan direka cipta tanpa anggota tangan dan kaki, maka ia menggunakan mulut
atau anggota lain untuk menyambar, menyerang atau memeriksa gewang tersebut. Atau erti kata lainnya, ikan menyambar gewang bukanlah kerana satu sebab sahaja.
Antara faktornya ialah kerana lapar, sifat kewilayahan, tindakan pelindung, marah atau sifat cemburu.
Tidak dinafikan kebanyakan ikan pemangsa menyambar gewang kerana menyangkakan gewang tersebut adalah makanannya.
Oleh kerana itulah gewang direka cipta menyamai sifat-sifat ikan, udang, katak atau serangga lain yang menyerupai diet permakanan ikan pemangsa.
Faktor mempertahankan kawasan atau kewilayahan akan menyebabkan ikan bertindak dengan serangan sama ada dengan menggigit, memukul dengan kepala atau memukul ekor terhadap gewang.
Justeru itu banyak terdapat kes gewang mengenai badan pemangsa dan bukan kesemuanya berada di dalam mulut.
Selain itu ikan pemangsa bertindak terhadap gewang kerana menyangka gewang tersebut adalah pemangsa yang akan memakan anak-anak jagaannya.
Selebihnya adalah kerana sifat ingin tahu atau curiga. Dalam tindakan menyiasat dengan menggunakan mulut atau anggota badan yang lain itulah mata kail yang ada pada gewang menyebabkan statusnya sebagai pemangsa bertukar menjadi mangsa.
Teknik memancing ini merupakan teknik yang paling asas dan umum digunakan oleh para pemancing.
Untuk memancing dengan teknik ini, hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar, kemudian umpan dipasang dan dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang menyambar.
Teknik pancingan ini boleh menggunakan joran dengan reel spinning atau overhead atau koyan. Memancing dengan teknik ini juga wajib menggunakan pemberat atau batu ladung yang membolehkan umpan berada di dasar untuk memburu ikan dasar.
Trolling
Teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Umpan yang digunakan oleh teknik ini adalah umpan tiruan untuk memancing ikan tenggiri dan wahoo dan lain-lain lagi.
Selain gewang berbentuk ikan, umpan lain yang digunakan adalah skirt menunda yang berbentuk seperti kepala sotong dengan warna terang.
Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Selain itu, joran trolling juga biasanya jenis overhead iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran.
Casting
Memancing jenis ini menggunakan umpan tiruan atau lure untuk mendapatkan ikan. Lure boleh berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya. Caranya adalah dengan melemparkan lure menuju target menggunakan rod dan reel.
Perbuatan melemparkan dan menggulung lure merupakan kunci dari teknik ini, sehingga ada juga yang mempraktikkan teknik ini hanya dengan tangan kosong atau handline.
Lure dilontar dan dikarau sebanyak kali yang mampu sehingga mendapat strike. Maka dari itu, teknik ini seringkali dikategorikan sebagai sportfishing atau sukan memancing.
Surfcasting
Teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm.
Teknik asasnya pun sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran.
Maka dari itu, memancing dengan teknik ini pun memerlukan pemberat agar umpan tidak hanyut.
Perbezaan antara casting dan surfcasting juga terletak pada umpan yang digunakan. Jika casting menggunakan umpan tiruan, dalam surfcasting umpan yang digunakan bukanlah umpan buatan, melainkan ikan-ikan kecil, perumpun, udang ataupun kerang yang banyak ditemukan di pesisir pantai.
Waktu yang paling tepat untuk memancing menggunakan teknik ini adalah saat air bergerak pasang naik, kerana saat itulah ikan-ikan berenang mendekati pantai untuk mencari makan.
Jigging
Jigging dipercaya teknik memancing yang sudah ada sejak ribuan tahun lalu. Di mana saat itu nelayan mencuba untuk memancing ikan menggunakan umpan yang dibuat daripada timah atau logam lain yang kemudian dilemparkan ke dalam air dan kemudian ditarik dengan laju ke atas.
Biasanya teknik memancing seperti ini digunakan untuk memancing di kawasan terumbu karang dengan kedalaman 50-100 meter.
Ketika memancing menggunakan teknik ini, jig tidak dihayun secara langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan.
Ia dilakukan agar umpan tersebut bergerak seperti ikan yang menuju ke atas sehingga ikan sasaran mahu menyambarnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...