Sebenarnya boleh sahaja anda mengikat terus gewang sama ada dengan menggunakan leader (perambut) atau ikat terus pada tali utama tanpa menggunakan swivel atau kili. Malah ikatan ini ada istilahnya tersendiri dan ada yang menamakannya sebagai Rapala knot.
Hakikatnya, menggunakan gewang dengan ikatan langsung tanpa sambungan swivel ada kelebihan tersendiri. Ini kerana, persembahan gewang ketika beraksi sebenarnya lebih realistik. Namun teknik ini hanya sesuai sekiranya anda menggunakan sebutir atau seketul sahaja gewang dan tidak akan tukar-tukar gewang.
Ads
Sebabnya? Jika ingin menukar gewang yang baru maka ikatan rapala knot ini perlu diputuskan dan kemudian perlu melakukan ikatan yang baharu pula pada gewang yang lain.
Ads
Majoriti hari ini, pemancing terutamanya kaki-kaki casting akan menggunakannya swivel kerana boleh menukar pelbagai gewang dengan pantas sekiranya gewang yang digunakan tidak berjaya memikat ikan.
Ads
Selain itu penggunaan swivel ini juga dapat mengelakkan tali utama (terutamanya tali sulam) akan berpintal sekiranya menggunakan gewang yang beraksi secara berpusing. Untuk menghasilkan renangan gewang yang realistik, sila gunakan swivel yang bersesuaian dengan tali perambut, berat dan saiz gewang. Pastikan juga swivel yang anda beli itu kecil, ringan tetapi cukup berkualiti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ada 1001 cara untuk menghasilkan sendiri atau DIY perambut mata kail untuk jigging yang lebih dikenali sebagai assist hook. Berikut merupakan salah satu teknik asas ikatan assist hook menggunakan mata kail tunggal.
LANGKAH 1
Potong kevlar (boleh juga guna tali sulam 150-200lb) anggaran 4-6 inci bergantung kepada saiz jig yang akan digunakan. Buatkan satu simpulan biasa pada salah satu hujung kevlar dan pastikan simpulan itu ditarik seketatnya.
LANGKAH 2
Letakkan bahagian kevlar yang telah disimpul pada bahagian belakang mata kail. Pegang bahagian ini dengan ibu jari dan jari telunjuk.
LANGKAH 3
Ambil bahagian hujung tali dan bawa ke belakang (jadi lingkaran 1), kemudian bawa kembali ke bahagian depan (lingkaran 2) dengan kesemua pertemuan tali ini dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambarajah di bawah).
LANGKAH 4
Buatkan lilitan dengan bahagian hujung tali ke arah cincin mata kail 3-4 kali.
LANGKAH 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran 2.
LANGKAH 6
Susun simpulan agak tidak bertindan, kemudian masukkan sesuatu seperti jig dalam lingkaran 1 dan kepit hujung tali dengan playar dan tarik sehingga ketat.
LANGKAH 7
Lepaskan playar dan tarik bahagian lingkaran 1 dengan kuat bagi mengukuhkan ikatan pada mata kail.
LANGKAH 8
Masukkan hujung lingkaran tali dalam lubang cincin sebelum menggunakan assist hook ini pada jig.
MJ adalah ikan yang luar biasa untuk dilihat. Dengan gigi seperti taring di bahagian depan, ditambah dengan garis biru elektrik yang luar biasa pada mata dan kilauan di seluruh tubuh. Mereka benar-benar berada dalam senarai teratas predator.
Kebanyakan pemancing menyukai joran sepanjang 7 kaki dengan kekuatan 3-7kg. Dengan ukuran kekili antara 2500 hingga 4000.
MJ dikenali kerana menyerang umpan dengan berbahaya dan menyusup ke struktur terdekat, jadi kapasiti tali pancing yang besar tidak diperlukan.
Untuk MJ monster tali sulam 15-30lb perlu digunakan. Leader yang biasa digunakan Black Magic Fluorocarbon 40lb kerana sesi pancingan di hutan bakau yang tebal yang dilapisi dengan tiram, tetapi di beberapa persekitaran yang lebih terbuka bolehlah gunakan leader 20-30lb. Mata kail yang biasa digunakan 3/0 Black Magic KL circle hook.
Keindahan memancing MJ adalah kerana tidak sulit untuk menyediakan ikatan perambut rig sangat sederhana. Dengan hanya menggunakan batu ladung hidup, perambut terus dihubungkan dengan mata kail lingkar 3/0.
Dengan kaedah ini ikan tidak merasa beban ketika mengambil umpan. Tali pancing biasanya dikendur sedikit, jadi akan dapat dilihat tali mula menegang apabila ikan mengambil umpan.
Kemudian joran akan meninggikan hujung joran dengan perlahan bagi membolehkan mata kail tercangkuk. Mata kail Black Magic KL akan menemukan sudut mulut ikan setidaknya 9 kali dari 10 dengan metode ini.
Umpan lokal adalah yang terbaik! Jika Anda memancing di sungai yang dipenuhi bakau dan melihat ikan garfish (jenjulung) dan mullet (belanak) berenang di sekitar, taruhan terbaik anda adalah dengan menggunakan sumber mereka untuk umpan.
Ketika mencangkuk mata kail pada umpan, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa hujung mata kail terpapar keluar. Jika tertanam di dalam umpan maka kemungkinan besar akan menyebabkan anda tidak dapat strike dengan sempurna.
Pertama, mestilah ada pergerakan arus. Jika air tenang, MJ tidak terlalu aktif. Sama ada air sedang gerak surut atau pasang, kedua-duanya sama produktif. Yang belokan di sungai yang didorong oleh air.
MJ biasanya akan duduk di sana menunggu untuk menyergap ikan umpan. Hal lain yang boleh anda cari adalah selokan. Selokan adalah celah antara semak-semak bakau. Cara terbaik untuk mencari saluran pembuangan adalah ketika air surut.
Petunjuk visual terakhir yang boleh anda cari adalah serangkaian hambatan di tengah sungai yang didorong oleh air, atau batu. MJ akan bersembunyi di balik struktur ini siap untuk menyergap ikan umpan yang tidak bersedia.
Tip berguna lainnya adalah dengan mendengar! Kekadang anda boleh mendengar MJ menyambar ikan umpan terkadang di dalam bakau. Jika Anda mendengar kegiatan semacam ini, lontarkan saja umpan ke semak-semak itu.
Pancingan ikan tilapia di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Malah, ia merupakan satu perkara yang pelik pula jika seorang pemancing berpengalaman mendakwa tidak pernah memancing tilapia sepanjang hayatnya.
Meskipun berstatus ikan pendatang, populasi ikan tilapia hari ini begitu berkembang biak sehingga hampir menguasai semua sumber perairan air tawar. Sekaligus menjadikan tilapia antara ikan yang paling banyak ditangkap termasuklah dengan penggunaan joran dan kekili.
Berikutan spesies tilapia dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan ternakan dan kebanyakannya diternak di bekas lombong, tasik dan kolam, ini menjadikan lokasi-lokasi tersebut sebagai spot utama bagi pancingan tilapia.
Pergilah ke mana-mana bekas lombong atau tasik-tasik kecil khususnya, pasti kelihatan kelibat pemancing sedang memancing tilapia. Malah, jangan terkejut apabila melihat ada pemancing yang memancing tilapia di longkang-longkang besar dan kolam tadahan kawasan perumahan.
Selaku ikan yang tidak dikategorikan sebagai ikan sukan, bukan juga ikan bersaiz besar, sebaliknya dipancing untuk dijadikan hidangan, pancingan tilapia lebih menjurus kepada pancingan santai.
Justeru untuk memancing tilapia tidak memerlukan peralatan pancing yang khusus. Hanya dengan peralatan asas anda sudah boleh memancing tilapia. Tetapi jika inginkan sedikit keseronokan, boleh menggunakan set peralatan ultra ringan.
Tilapia adalah ikan omnivora dan tidak cerewet memilih umpan. Cacing, anak udang atau dedak ayam merupakan antara umpan popular untuk memancingnya.
Namun tabiat makan tilapia yang gemar mengutis umpan sehingga mengosongkan mata sedikit sebanyak menghadirkan cabaran kepada pemancing. Walaupun mata kail kecil digunakan, ia masih mampu menghabiskan umpan dengan jayanya.
Kepandaian tilapia mencuri umpan ini secara tidak langsung membuka minda pemancing untuk memerangkapnya dengan kaedah pancingan alternatif.
Bagi pemancing yang benar-benar memancing tilapia sebagai sumber makanan, mereka akan menggunakan jaring mini yang disambungkan pada peralatan pancing.
Jaring mini yang dilengkapi dengan alat atau dawai spring bagi mendakap umpan seperti dedak ayam atau roti, akan memerangkap tilapia yang datang mengerumuni umpan.
Satu lagi teknik memancing tilapia yang agak popular suatu ketika dahulu dan masih diguna pakai sehingga kini ialah sembat. Sama ada menggunakan mata tiga yang dilengkapi pemberat atau mata kail cakar ayam, bancuhan dedak ayam dikepalkan kili bersaiz besar sebagai umpan.
Cara memancingnya hampir sama iaitu apabila tali pancing bergedik menandakan ada tilapia sedang mengutis umpan, joran akan disentap dengan kuat dengan harapan mata tiga atau perambut cakar ayam tersebut akan melanggar badan tilapia sekaligus memerangkapnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...