Di Malaysia, sama ada ikan siakap yang diperolehi di kuala sungai, hulu sungai, tasik, kolam air masin atau kolam air tawar, ia adalah jenis yang sama iaitu spesies L. Calcarifer. Ia adalah spesies ikan brackish (brackish water) dari genus Lates yang hidup di air masin dan juga air tawar.

 

Ads

Oleh yang demikian tidak hairanlah ia boleh ditemui di tasik-tasik air tawar di Malaysia seperti Tasik Kenyir. Walau bagaimana ia bukanlah berasal (lahir dan membiak) dari Tasik Kenyir kerana tasik tersebut tidak bersambung secara terus dengan sistem sungai yang menghilir ke laut. Kewujudannya adalah di atas kerja tangan-tangan manusia sama ada melalui projek penternakan atau dilepaskan ke tasik tersebut.

 

Ads

Ini adalah kerana semua siakap yang berhijrah ke laut atau ke hulu sungai akan kembali semula ke muara atau perairan air payau untuk membiak dan bertelur. Ia akan membesar di sini untuk tempoh tertentu sebelum berhijrah ke hulu sungai atau laut. Namun ada juga siakap yang kekal di perairan kelahiranna.

Ads

 

Jika terdapat perbezaan antara siakap tasik kenyir dengan siakap air masin, ia adalah dipengaruhi oleh habitat, ekologi dan tabiat pemakanannya. Saya sendiri bersetuju jika perbezaan dari segi rasa. Terbukti siakap di Tasik Kenyir lebih sedap berbanding siakap muara.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI