Soal Jawab Mancing – Waktu & Musim Terbaik Mancing Di Laut?

Share

 

SOALAN:

 

Salam tuan… Boleh tak tuan beritahu musim dan waktu yang sesuai untuk memancing di laut? Bukan apa tuan… saya poket tak tebal takut nanti tersilap pilih waktu ikut trip mancing di laut.

 

JAWAPAN:

 

Terus terang saya katakan bahawa bukan saja admin tetapi ramai otai atau masta dewaya raya tidak boleh memberi maklumat yang tepat kerana ia berhubung rapat dengan lokasi yang bakal anda pancingi.

 

Sebaiknya anda meminta pandangan dan maklum balas dari kaki-kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal anda gunakan perkhidmatannya.

 

 

Atau secara ringkasnya, tiada musim tertentu untuk memancing di kecuali masalah cuaca. Oleh yang demikian, sebelum turun memancing di mana-mana lokasi, sebaiknya juga dapatkan dulu ramalan cuaca di kawasan tersebut.

 

Kalau dari segi waktu pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan pada waktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Sebagai pedoman sampingan bolehlah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi.

 

 

Dan jika ditanya bilakah waktu yang paling baik untuk kita memancing di laut dalam pula, kebiasaannya ialah pada waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari. Kemudian pada tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar. Selain itu ialah pada awal pagi atau waktu Subuh dan sesudah subuh dari jam 8.00 pagi hinggalah 11.00 pagi.

Published by
Amang