Soal Jawab Mancing – Waktu Bila Siakap Kolam Aktif Makan Umpan?

Share

 

SOALAN:

 

Saya ada dengar-dengar orang membawang katanya kalau nak memancing ikan siakap kat kolam pancing air masin pun kita kena tengok faktor air juga? Kalau betul, bila waktu terbaik untuk turun memancing dan dapat hasil yang baik?

 

JAWAPAN:

 

Sebagaimana yang diketahui, ikan siakap diletakkan di dalam kolam memancing bukanlah ikan-ikan liar yang ditangkap di muara sungai. Sebaliknya ia merupakan ikan yang diternak dan membesar di dalam sangkar ternak.

 

 

Sebagaimana resam ikan yang membesar di dalam kurungan, maka ia akan terbiasa dengan makanan yang disediakan oleh pengusaha sangkar seperti ikan-ikan buangan dan pelet makanan ikan. Walau bagaimana pun ia tetap tidak kehilangan naluri asal sebagai ikan pemangsa yang akan membaham ikan-ikan kecil serta krustasea.

 

Oleh kerana demikian, umpan terbaik untuk memancing siakap di dalam kolam pancing terdiri daripada hirisan ikan, ikan belanak serta udang. Sementara waktu yang sesuai untuk menarik perhatian ikan-ikan ini memakan umpan agak subjektif.

 

 

Mungkin waktu terbaik ialah waktu yang sama ketika ia diberi makan ketika berada di sangkar. Atau mungkin juga sewaktu ia dilepaskan dari sangkar kurungan di kolam pancing.

 

Lazimnya ikan-ikan ini akan dilepaskan dalam keadaan kelaparan. Oleh yang demikian, apa saja bentuk makanan yang berdekatan akan dibahamnya. Begitu pun ada juga yang berpendapat, pengaruh pasang surut air laut turut memainkan peranan keaktifan ini memburu makanan.

 

 

Sekiranya ia aktif memburu makanan ketika air laut sedang bergerak surut, maka memancinglah pada waktu berkenaan.

Published by
Amang