Soal Jawab Mancing – Teknik Terbaik Memancing Spesies Senangin?

Share

 

SOALAN:

 

Boleh tak admin  beritahu  teknik memancing senangin? Maksud saya dari segi teknik, panjang perambut, mata kail kerana ikan ini mencari makan di pertengahan air. Dan apakah umpan terbaik memancing senangin?

 

 

JAWAPAN

 

Untuk pengetahuan anda, ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus agak laju. Umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang atau lebih popular disebuat cabuk, dan isi ikan kembong segar.

 

Bagi tali perambut pula saya mencadangkan tali yang agak kasar 40- 50 lb dari jenis tali florucarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada saiz umpan).

 

 

Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu ladung hidup (running sinker) saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) pada tali utama.

 

Memandangkan penggunaan mata lingkar, sebaiknya apabila ikan menarik umpan, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut ikan.

 

 

Dan apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.

Published by
Amang