Pada asasnya, kegunaan mata tunggal bagi menggantikan treble hook atau mata tiga pada gewang (termasuklah gewang permukaan, minnow, depth dan sebagainya) bagi mengatasi masalah sangkut. Ini kerana kebanyakan perairan air tawar di negara kita banyak memiliki struktur atau objek sama ada di permukaan atau di bawah air. Dengan menggunakan single hook maka ia dapat mengurangkan risiko sangkut berbanding mata tiga.
Bagi peratus hook up pula tentu saja single hook lebih rendah berbanding mata tiga kerana ia hanya mempunyai satu mata cangkuk. Tetapi, dari segi faktor kejayaan pula, ikan yang tercangkuk pada mata tunggal amat tinggi peratusan untuk didaratkan berbanding mata tiga kerana lazimnya mata tunggal tahap cangkukkannya lebih solid.
Ads
Berdasarkan pada kenyataan ini anda boleh menilai sendiri mata kail jenis apa yang sesuai untuk digunakan pada gewang.
Ads
Ads
Saya secara peribadi menggunakan kedua-dua jenis mata kail ini untuk memancing toman. Untuk gewang crank atau selaman dalam, saya lebih gemar memilih mata tunggal. Sementara gewang permukaan dan selaman cetek pula saya gunakan mata tiga.
Selain menyambar gewang (dengan mulut), toman turut bertindak memukul gewang dengan bahagian kepalanya (tindakan menjaga kewilayahan), dengan menggunakan mata tiga maka peluang untuk ia tercangkuk pada anggota badan toman juga tinggi berbanding mata tunggal.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk mengetahui perkara ini sebaiknya kita pelajari sikit biologi ikan pari. Ikan pari boleh dijumpai di laut, muara sungai ataupun di sesetengah kawasan sungai air tawar. Ia biasanya ditemui di kawasan berpasir, kawasan berlumpur atau kawasan campuran lumpur dan pasir, dan ia amat suka mencari makanan di dasar. Dalam erti kata lain, pari boleh dipancing di sepanjang perairan.
Jenis Ikan pari yang biasa makan umpan ialah pari karang, pari beting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, pari lang dan ketuka.
Pada pengalaman saya waktu sesuai untuk memancing ikan pari adalah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air. Umpan yang biasa saya gunakan untuk memancing ikan pari adalah udang , sotong cumit, sotong jarum, sotong kurita, sotong katak kecil, ikan belanak, ikan kembung, selayang, selar kuning yang dipotong dua, anak ikan bebolos, anak gelama, pumpun, ikan tamban dan ikan beliak mata walau bagaimana pun umpan kegemaran saya adalah belacak minyak yang dihiris isinya.
Penggunaan umpan mungkin berbeza mengikut tempat dan lokasi pancing. Adalah lebih baik sekiranya kita rujuk dengan penduduk setempat jika ingin kepastian. Pari boleh di pancing tidak kira masa, sama ada pagi, petang atau malam.
Saya masih keliru bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan perambut panjang (3-7 depa) bersama tanduk dan perambut apollo 2-5 mata kail bagi sesuatu trip memancing laut dalam. Boleh tak admin bagi nasihat perambut yang mana satu perlu saya guna?
JAWAPAN:
Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu. Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk. Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut. Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil. Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot. Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Sesetengah pemancing lebih mementingkan jenama sebagai aspek utama untuk menilai kehebatan dan ketahanan sesebuah reel baitcaster (BC). Fenomena ini sememangnya telah lama mempengaruhi minda dan pemikiran kerana kebanyakan kita beranggapan jika sesebuah reel itu berjenama dan mahal harganya maka sudah tentulah ia lebih kuat dan tahan berbanding BC yang berharga murah.
Memang tak dinafikan secara umumnya kriteria tersebut memainkan peranan dalam menyumbang kepada aspek ketahanan sesebuah reel namun kebanyakan kita terlupa bahawa ciri-ciri lain seperti penjagaan dan pengendaliannya juga memainkan peranan yang sama penting.
Apa yang menjadi persoalannya, adakah jangka hayat sesuatu reel yang mahal itu akan bertahan lama kalau ia dibiarkan tanpa penjagaan yang sewajarnya?
Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam mempengaruhi ketahanan sesebuah reel atau BC dan langkah-langkah yang sewajarnya haruslah diambil untuk memungkinkan masalah ini dapat diatasi.
MASALAH:
Air masin merupakan elemen utama penyumbang karat berbanding air tawar kerana ruang udara dan airnya mempunyai kandungan garam yang tinggi.
PENYELESAIAN:
Basuh reel menggunakan air tawar dengan cara menjirus atau lalukan pada air paip mengalir setiap kali selesai menggunakannya.
Jangan sesekali merendam reel kerana dikhuatiri air akan masuk melalui ruang atau rongga kecil yang terdapat pada badan reel dan ini akan menyebabkan air terkumpul di celah-celah bahagian mekanikal dalam reel tersebut.
MASALAH:
Pasir dan habuk terutamanya yang bersifat halus kerana ia mudah melekat pada bahagian bingkai dan dalam reel.
PENYELESAIAN:
Letakkan reel di tempat yang boleh mengelakkan dari bersentuhan dengan tanah air atau pasir dan gunakan kain pembalut khas atau reel casing untuk mengelakkan habuk-habuk halus yang dibawa oleh angin dari melekat.
Lap bingkai badan reel dengan kain lembut dan gunakan berus halus untuk membuang habuk-habuk yang melekat terutamanya pada bahagian di antara batang shaft dan star drag yang mempunyai banyak washer.
Sembur dengan minyak anti karat terutama pada celah-celah bahagian yang berskru dan gunakan minyak khas (reel lube) untuk disapukan pada gear, bearing dan shaft (elakkan dari guna berlebihan kerana ia juga mempengaruhi kelancaran reel).
MASALAH:
Sistem tegangan drag yang terlalu ketat ketika reel berada dalam keadaan rehat.
PENYELESAIAN:
Hendaklah sentiasa memastikan drag berada dalam keadaan longgar (free gear) supaya tiada bebanan atau tekanan yang berlaku ke atas pelapik-pelapik drag. Ini membolehkan permukaan pelapik berkenaan sentiasa berkeadaan elok dan dapat digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.
MASALAH:
Perubahan cuaca dan suhu.
PENYELESAIAN:
Ketika menjirus reel dengan air pastikan drag diketatkan. Ini adalah untuk mengelakkan air dari masuk ke celah-celah pelapik drag yang boleh mengakibatkan ia melekat di antara satu sama lain (elakkan juga air terkena minyak gris).
Walaupun peratusan sinaran matahari merosakkan reel adalah kecil tetapi pendedahan yang terlalu lama kepada perubahan cuaca dan suhu yang melampau, dikhuatiri dalaman reel terutamanya pelapik drag dan bahagian bermagnetik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...