Soal Jawab Mancing – Nak Tahu Waktu Tepat Nak Sembat Jenggo?

Share

 

SOALAN:

 

Boleh tak admin turunkan sedikit ilmu memancing udang galah. Saya masih tidak dapat bezakan cara udang galah makan umpan. Tau-tau umpan sudah habis macam tu saja.

 

JAWAPAN:

 

Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan dan hujung joran akan terus melentik ke bawah. Untuk udang ukuran sederhana biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik. Ini disebabkan ia mengutisdengan sepitnya sehingga hujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.

 

 

Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sederhana, oleh kerana itu sering-seringlah memantau dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikan maka umpan sedang dimakan.

 

Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentap kerana berkemungkinan akan terlepas.

 

 

Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentap dengan kuat. Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung kekili pelan-pelan dengan posisi hujung joran di atas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air.

 

Udang biasanya bila terkena pancing akan mundur ke belakang dan membengkokkan tubuhnya, jika disentap atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.

 

Published by
Amang