Saya baru mengenali sejenis peralatan memancing di laut yang dinamakan tanduk. Boleh tak admin jelaskan fungsi dan konsep pancingan yang sesuai untuk membolehkan penggunaan tanduk ini?
JAWAPAN:
Ads
Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam.
Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing.
Ads
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok.
Ads
Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin jelaskan bagaimana caranya untuk casting menggunakan udang mati atau udang kopek? Dan ikan apa yang biasanya makan umpan udang kopek ni?
JAWAPAN
Cara casting menggunakan udang mati atau udang kopek sememangnya sinonim dengan pancingan kolam air masin terutamanya bagi menjerat spesies siakap. Walau bagaimana ia turut berupaya menjerat spesies lain yang terdapat di kolam seperti siakap merah dan juga jenahak. Malah teknik ini juga boleh dipraktikkan di muara atau kuala sungai.
Cara menyediakan udang kopek juga mudah. Biasanya udang yang mati akan dibuang kepalanya dan kulitnya akan dikopek.
Bagi membolehkan udang kopek tersebut kekal lurus (tidak bengkok sebagaimana bentuk asalnya), biasanya pemancing akan membungkusnya dalam keadaan lurus dengan surat khabar dan disimpan di dalam ruang sejuk beku peti ais semalaman.
Apabila ingin menggunakannya, cangkukkan saja mata kail pada bahagian pangkal badannya. Sebaiknya cangkuk sedikit sahaja mata kail pada pangkal badannya agar ia dapat digerakkan dengan sempurna. Selepas itu anda boleh mula mengilat dengan cara lontar ke spot pilihan dan karau perlahan-lahan.
Anda juga boleh guna teknik baling, karau sedikit dan berhenti, kemudian karau perlahan dan berhenti dan seterusnya.
Untuk menambahkan jarak balingan anda boleh menggunakan batu ladung kecil atau batu kapit pada perambut.
Penambahan batu ladung ia juga bagus bagi mempercepatkan jatuhan udang kopek ke dasar bagi memikat ikan yang berlegar di permukaan dasar kolam atau sungai.
Saya ingin bertanya adakah air, ombak dan cuaca menjadi penentu untuk seorang kaki pancing itu mendapat ikan.
JAWAPAN:
Dalam memancing, tentu saja faktor air merupakan perkara utama yang perlu difikirkan. Tak kira sama ada pancingan di laut, sungai, tasik atau lombong, apa-apa perubahan pada sifat atau suhu air akan mempengaruhi penghuninya (ikan) dari aspek keaktifan dan kesihatannya. Bila ikan tidak aktif maka umpan yang digunakan untuk memancingnya sudah pasti tidak akan disentuh dan kita akan pulang dengan kecewa.
Begitu juga dengan proses pasang surut air laut. Perubahan pasang surut air laut amat penting malah boleh menjadi faktor dalam hasil tangkapan. Faktor pasang surut air bergantung pada tarikan graviti bulan. Ini kerana ada sesetengah ikan amat aktif mencari makan ketika air surut dan sesetengah lagi ketika air pasang. Dan ada juga ikan yang pasif ketika air surut dan sebaliknya ketika air pasang.
Keadaan angin pula mempengaruhi keadaan ombak. Apabila angin bertiup kencang yang menyebabkan ombak besar, ikan-ikan kecil akan pergi ke kawasan yang lebih terlindung. Oleh yang demikian, ikan-ikan besar yang menjadikan ikan-ikan kecil ini sebagai diet pemakanan mereka akan turut ke kawasan yang lebih terlindung kerana memburu ikan kecil.
Jika keadaan hujan pula, ikan akan cenderung pergi lebih ke arah laut kerana saliniti air berkurangan di pantai akibat hujan. Sebaik-baiknya, lihat cuaca dan jadual pasang surut air sebelum memancing.
Boleh tak admin beri penjelasan sedikit tentang coldbox untuk menyimpan ikan. Coldbox jenis mana yang lebih sesuai, sama ada berengsel atau penutup boleh cabut atau cerai. Berapa lama ketul ais boleh tahan dalam setiap kotak penyejuk dan jenis ais macam mana yang sesuai untuk menyimpan ikan?
JAWAPAN:
Padu betul soalan ni. Sebenarnya kedua-dua jenis coldbox yang disebutkan itu boleh digunakan asalkan ia memenuhi keperluan kita terutama jika dilihat dari sudut kos mampu milik.
Tetapi dari segi penggunaan coldbox yang mampu menahan ais daripada cepat cair adalah yang baik. Namun yang berengsel lebih elok kerana penutup boleh cerai mudah hilang atau melayang ditiup angin ketika atas bot.
Ais kalau benar-benar masak (dibekukan dalam tempoh yang cukup) boleh bertahan sehingga seminggu jika kekerapan buka-tutup coldbox adalah minimum dan tidak terdedah kepada persekitaran yang panas.
Ini berdasarkan pengalaman saya membawa seketul ais kiub sebesar 54 liter. Trip memancing selama lima hari di kawasan pedalaman hulu sungai. Sewaktu pulang baki ais yang beku berkurang kira-kira 20liter dan masih mencukupi untuk kami menyejukkan ikan untuk dibawa pulang ke ibu kota.
Bot nelayan pula mampu menyediakan bekalan ais yang cukup untuk dua minggu di laut dengan syarat disimpan dalam bekas yang kedap udara.
Terdapat empat jenis ais yang biasa digunakan iaitu jenis kuib besar, ais mesin atau kisar, ais kiub berongga serta ais tiruan (bahan kimia atau air disimpan dalam bekas tertutup). Paling sesuai ialah ais kisar kerana ia boleh menjimatkan ruang dan boleh dipadatkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...