SOALAN:
Boleh tak admin buatkan keterangan atau panduan untuk teknik jigging bagi pemancing yang baru nak mencuba nasib. Saya dah kena racun kaw-kaw oleh member yang ramai main jigging. Tolong ya admin.
JAWAPAN:
Persiapan dan tip untuk teknik jigging sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa keadaan seperti jenis teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air).
Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing seperti lip grip, assist hook dan sebagainya. Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Seperkara lain yang perlu anda tahu, dalam amalan jigging ini mendapat ikan itu satu bonus. Dalam erti kata lain anda juga perlu bersedia untuk kumpau. Jangan pula nanti bila sekali kumpau anda terus kecewa dan serik.