Soal Jawab Mancing – Mohon Tip Elak Serangan Ikan Buntal!

Share

 

SOALAN: 

 

Saya sering memancing di kuala sungai atau muara dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang suka sangat memotong tali pancing saya. Saya tau memang itu kerja si buntal. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing? Saya dah rasa tekanan sangat dah ni.

 

 

JAWAPAN: 

 

Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.

 

Ikan buntal merupakan spesies ikan yang amat memeningkan kepala ramai pemancing termasuklah admin sendiri. Sehingga kini admin masih lagi mencari sebab utama kenapa si buntal ni suka sangat memotong tali pancing. Kelakuannya tak ubah seperti penguatkuasa di dalam air.

 

 

Admin masih tertanya-tanya adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya. Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu dengan menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided).

 

Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku di mana tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab.

 

 

Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku. Jadi, anda dinasihatkan menggunakan tali sulam bagi mengatasi tekanan yang dialami itu.

Published by
Amang