Soal Jawab Mancing – Mohon Share Lure Terbaik Untuk Pujuk Toman Monster Di Lombong?

Share

 

SOALAN:

 

Boleh tak admin berikan jenis gewang yang paling killer untuk spesies toman lombong? Dah banyak jenis gewang saya pakai tapi masih kumpau toman lagi tahun ni.

 

JAWAPAN:

 

Sepanjang tempoh saya memancing ikan toman yang sudah hampir 20 tahun, saya belum temui gewang yang betul-betul killer untuk toman. Atau dalam erti kata lainnya, kalau pakai gewang killer tu mesti akan dapat toman. Tidak kiralah ia adalah gewang permukaan, selaman cetek, selaman dalam, popper, pencil, minnow, crank, jumpfrog, soft frog, spinnerbait, buzzbait dan lain-lain lagi gewang yang terdapat di pasaran.

 

 

Sebenarnya, apa yang ada pada gewang yang dianggap killer itu juga terdapat pada gewang biasa-biasa saja. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan atau material yang digunakan. Apa yang penting anda mampu menggayakan gewang itu bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri.

 

Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Jadi, pendapat yang mengatakan gewang killer untuk toman adalah tidak tepat sama sekali.

 

Semua gewang yang dihasilkan dengan sempurna, digayakan dengan aksi sebenar dan pada waktu yang tepat akan dihentam ikan termasuklah toman.

 

 

Bagi menamatkan badi kumpau dan mendapat strike, anda haruslah bijak melihat keadaan padang pancing, faktor cuaca, air dan persekitaran bagi memilih gewang yang tepat untuk digunakan ketika itu.

 

Tapi kalau dah dia tak nak makan, hulur umpan hidup pun dia tak layan inikan pula gewang kayu atau plastik.

Published by
Amang