Belut merupakan salah satu spesies yang agak unik. Nak kata ular, bukan ular… nak kata ikan tapi tak sama dengan ikan yang lain. Dengan bentuk fizikal yang agak panjang dan licin, belut seringkali disalah anggap sebagai ular jika bertembung secara tidak sengaja.
Apa sekalipun, belut mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi malah sering mendapat permintaan untuk dijadikan hidangan makanan.
Spesies berbadan licin ini biasanya boleh ditemui di kawasan sawah bendang. Terdapat 2 cara yang biasanya digunakan untuk menjerat belut. Salah satu daripadanya ialah dengan cara memancing.
Biasanya memancing belut agak sukar bagi pemancing yang tidak biasa dengan pancingan belut. Umpan yang boleh digunakan termasuk perut ayam dan jantung ayam.
Cara memancingnya pula ialah dengan mengenal pasti lubang yang menjadi habitat kepada belut ini sebelum dihulurkan umpan tadi ke dalam lubang belut.
Buat sedikit pergerakan pada umpan untuk menarik perhatian belut. Mata kail bersaiz nombor 2 sudah memadai untuk memancing belut.
Selain cara memancing, belut juga boleh ditangkap dengan menggunakan perangkap yang dipanggil ‘tukil’ yang secara tradisionalnya diperbuat menggunakan buluh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal.
Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
SOALAN:
Admin… boleh tolong bg tip cara untuk sangkut usus ayam pada mata kail dan ikan jenis apa yang sesuai untuk umpan ni?
JAWAPAN:
Usus atau perut ayam merupakan umpan memancing yang sudah diguna pakai sejak sekian lama untuk pancingan ikan air tawar. Sehingga sekarang pun masih ramai yang menggunakannya untuk memburu ikan air tawar tidak kiralah di sungai, tasik, lombong ataupun kolam.
Banyak cara yang boleh digunakan untuk memasang perut ayam ini pada mata kail. Sama ada dicangkuk terus pada mata kail dengan saiz yang kecil, atau cangkuk pada bahagian perut ayam dan dibiarkan berjuntai seolah-olah seperti seekor cacing.
Ada juga yang mencangkuk dan melilit perut ayam pada mata kail tapi cara ini menyebabkan perut ayam sangat mudah tertanggal bila ditarik ikan kecil.
Cara yang terbaik untuk memasang umpan perut ayam ialah dengan memasukkan mata pancing ke dalam perut ayam dan ikatkan hujung atau pangkal dengan tali perambut anda.
Cara pemasangan:
- Gunakan perambut yang agak panjang kira-kira 1kaki hingga 1 1/2 kaki.
- Potong perut ayam dengan panjang 1 jengkal.
- Masukkan mata pancing ke dalam perut ayam hingga ke hujung perut, tapi jangan melebihi panjang perut ayam.
- Ikat hujung bahagian atas perut ayam dengan tali perambut.
Cara ini terbukti lebih baik kerana tidak mudah tanggal bila dimakan ikan kecil dan juga ikan mudah mengena.
Biasanya umpan perut ayam ini digunakan untuk memancing ikan patin, keli dan pacu. Namun ia juga boleh digunakan untuk memancing ikan tengas dan juga udang galah.
Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae.Ia senang ditemui di kawasan muka kuala dan pesisir pantai terutamanya kawasan berkarang. Ia turut mudah ditemui di persekitaran kelong pesisir pantai terutamanya ketika arus laju untuk berteduh dan berlindung dari pemangsa.
Ikan seriding dikenali memiliki sirip berduri yang tajam tetapi tidak berbisa. Sirip berduri itu merupakan antara asset yang ada sebagai senjata mempertahankan dirinya dari pemangsa. Ekoran dari sifat biologinya itu, kebanyakan pemancing beranggapan ikan seriding tidak sesuai dijadikan umpan untuk memancing ikan-ikan lain.
Tidak dinafikan ikan seriding agak kurang digunakan sebagai umpan bukanlah disebabkan tiada ikan yang mahu memakannya. Ikan seriding turut berada dalam rantaian makanan sebagai mangsa namun di kawasan yang banyak pilihan makanan, ikan seriding menduduki carta bawahan sebagai pilihan pemangsa.
Justeru itulah jika ikan seriding dijadikan umpan bersama umpan lain, joran yang menggunakan umpan seriding hampir sepenuhnya tiada sebarang getuan berlaku. Namun di kawasan yang agak terbatas pilihan makanan, ikan seriding dikatakan menjadi umpan popular untuk memancing ikan pemangsa seperti selangat.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memancing di kawasan yang dipercayai hadirnya selangat, boleh anda cuba menggunakan umpan ikan seriding.