Bos nak tanya sikitlah… apa beza rod casting dan rod spinning? Maksud saya dari segi kegunaan yang betul.
JAWAPAN:
Ads
Admin sebenarnya hampir terjerat juga sebelum berikan jawapan. Apabila sekali imbas membacanya, admin sangkakan beliau bertanyakan perbezaan rod baitcasting dengan rod spinning. Admin percaya korang juga bersependapat. Oleh kerana itu admin terpaksa padam jawapan awal yang sudah panjang lebar ditaip.
Ads
Dalam menjawab persoalan ini rasanya admin perlu huraikan istilah casting dan spinning. Casting yang dimaksudkan di sini ialah perbuatan melontar dan mengarau umpan. Tidak kiralah sama ada umpan semujadi atau umpan tiruan. Namun casting ini lebih senonim bagi aktiviti memancing dengan kaedah mengilat atau casting. Sebagai contoh jika casting haruan, katak hidup atau katak tiruan digunakan sebagai umpan.
Bagi kaedah ini, joran atau rod yang digunakan sama ada joran baitcaster atau joran spinning akan dinamakan joran casting atau casting rod.
Ads
Oleh yang demikian amatlah sukar untuk admin jelaskan perbezaan rod casting dengan rod spinning sekiranya rod spinning tersebut digunakan untuk casting. Lainlah jika bertanyakan perbezaan antara baitcaster rod dan spinning rod. Jika itulah persoalannya yang sebenar maka mudahlah untuk admin memberikan jawapannya.
Malah tidak perlukan jawapan sekali pun hanya sekadar menunjukkan contoh gambarajah spinning rod dan baitcasting rod sahaja. Admin berharap jawapan ini menepati soalan yang dikemukakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kesesuaian jenis tali untuk dipakai di kolam pancing bergantung kepada beberapa perkara. Perkara yang paling penting perlu tahu keadaan struktur dalam kolam. Sekiranya tiada banyak struktur seperti kolong atau tiang-tiang cerucuk, maka tali braided sesuai untuk digunakan.
Sekiranya banyak struktur dan berpermukaan tajam, sebaiknya gula tali mono saja. Ini kerana tali mono lebih tahan geseran berbanding tali braided. Sekiranya ingin pakai tali braided, sebaiknya guna leader yang lebih panjang. Ia lebih selamat sekiranya ikan melarikan tali masuk ke dalam kolong atau bergeser pada struktur tajam.
Teknik pancingan yang ingin digunakan juga memainkan peranan. Sekiranya main teknik casting, tali braided adalah pilihan utama. Ini kerana tali braided mampu menghasilkan jarak lontaran yang lebih jauh.
Seperkara lagi, teknik casting membolehkan anda terus menyentap ikan apabila menyambar umpan sekaligus menutup ruang untuk ikan membawa tali lari ke kolong. Namun pastikan leader yang digunakan juga panjang.
Sekiranya teknik bottom atau apungan maka tali mono adalah lebih sesuai. Bagi pemilihan tali mono, sebaiknya pilihlah tali mono berdiameter kecil dan lebih lembut tetapi kuat dan lasak.
Boleh tak admin buatkan keterangan atau panduan untuk teknik jigging bagi pemancing yang baru nak mencuba nasib. Saya dah kena racun kaw-kaw oleh member yang ramai main jigging. Tolong ya admin.
JAWAPAN:
Persiapan dan tip untuk teknik jigging sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa keadaan seperti jenis teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air).
Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing seperti lip grip, assist hook dan sebagainya. Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Seperkara lain yang perlu anda tahu, dalam amalan jigging ini mendapat ikan itu satu bonus. Dalam erti kata lain anda juga perlu bersedia untuk kumpau. Jangan pula nanti bila sekali kumpau anda terus kecewa dan serik.
Di Malaysia, sama ada ikan siakap yang diperolehi di kuala sungai, hulu sungai, tasik, kolam air masin atau kolam air tawar, ia adalah jenis yang sama iaitu spesies L. Calcarifer. Ia adalah spesies ikan brackish (brackish water) dari genus Lates yang hidup di air masin dan juga air tawar.
Oleh yang demikian tidak hairanlah ia boleh ditemui di tasik-tasik air tawar di Malaysia seperti Tasik Kenyir. Walau bagaimana ia bukanlah berasal (lahir dan membiak) dari Tasik Kenyir kerana tasik tersebut tidak bersambung secara terus dengan sistem sungai yang menghilir ke laut. Kewujudannya adalah di atas kerja tangan-tangan manusia sama ada melalui projek penternakan atau dilepaskan ke tasik tersebut.
Ini adalah kerana semua siakap yang berhijrah ke laut atau ke hulu sungai akan kembali semula ke muara atau perairan air payau untuk membiak dan bertelur. Ia akan membesar di sini untuk tempoh tertentu sebelum berhijrah ke hulu sungai atau laut. Namun ada juga siakap yang kekal di perairan kelahiranna.
Jika terdapat perbezaan antara siakap tasik kenyir dengan siakap air masin, ia adalah dipengaruhi oleh habitat, ekologi dan tabiat pemakanannya. Saya sendiri bersetuju jika perbezaan dari segi rasa. Terbukti siakap di Tasik Kenyir lebih sedap berbanding siakap muara.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...