Soal Jawab Mancing – Menjadi Ke Mancing Siakap Teknik Dasar?

Share

 

SOALAN

 

Setahu saya ikan siakap banyak dipancing dengan teknik casting. Sama ada casting guna gewang atau umpan udang. Selain daripada menggunakan teknik casting dan pelampung, adakah ikan siakap boleh dipancing menggunakan teknik pancingan dasar?

 

JAWAPAN

 

Ada banyak teknik untuk memancing ikan siakap seperti mengelau, menunda serta memancing dasar. ‘Mengelau’ merupakan satu cara mengail ikan dengan mengocak atau menggedik umpan di atas permukaan air dari tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan atau dengan cara menaiki sampan dan bergerak sampan dengan perlahan. Cara ini adalah cari tradisi orang dulu memancing untuk ikan siakap, haruan, toman dan banyak lagi ikan yang menyambar.

 

 

Menunda dari bot atau sampan juga boleh di laksanakan untuk memancing ikan siakap. Bot di gerakkan perlahan lahan lebih kurang 3 – 4 knot dengan menggunakan umpan segar atau umpan tiruan. Memancing dasar juga boleh digunakan dengan penggunaan umpan segar seperti udang atau ikan.

 

Sudah tentu teknik bottom atau pancingan dasar sangat menjadi jika diamalkan untuk kebanyakan spesies ikan termasuklah siakap. Bezanya cuma mungkin teknik kurang popular berbanding teknik casting. Namun peratusan untuk strike siakap menerusi teknik bottom adalah lebih tinggi berbanding teknik casting.

 

 

Malah kelebihan teknik bottom ini memungkiankan anda strike lebih dari satu spesies ikan. Jadi anda tidak perlu ragu atau segan untuk mempraktikkan teknik pancingan konvensional ini. Yang penting dapat strike!

Published by
Amang