SOALAN:

 

Salam admin sifu… kome baru nak belajar. Kalau nak main casting, bagus pakai lure yang timbul atas air ker… dasar air ker… pertengahan air…. lure yang mana bagus? Untuk cepat ikan sambar lure. Mohon kongsi pengalaman admin.

 

JAWAPAN:

 

Ads

Sebenarnya, sebelum kita nak casting ni ada baiknya kita pelajari dulu sifat gewang dan habitat ikan. Justeru itulah lure dicipta pelbagai kedalaman air. Untuk casting ikan yang berlegar di bawah permukaan air, maka gewang aksi permukaan adalah yang terbaru.

 

Soal Jawab Mancing – Lure Paling Mencakop Untuk Teknik Mengilat?

 

Ads

(Harus diingat, semua gewang jenis terapung akan timbul apabila di lontar ke permukaan air. Termasuklah gewang selaman cetek dan selaman dalam, bukan gewang permukaan saja).

 

Bagi ikan yang habitatnya berada di sub-permukaan atau pertengah air maka lure yang bagus ialah gewang selaman cetek. Begitu juga dengan ikan yang hidup di dasar maka gewang selaman dalam adalah pilihan terbaik.

Ads

 

Soal Jawab Mancing – Lure Paling Mencakop Untuk Teknik Mengilat?

 

Contoh paling mudahnya begini, sekiranya kita ternampak ikan toman atau sebarau sedang memburu mangsa di permukaan air, maka lure yang paling ideal ialah gewang permukaan. Tidak kiralah sebagus mana pun sesuatu gewang itu, ia tidak akan membawa sebarang makna jika digunakan di tempat yang salah.

 

Oleh yang demikian, untuk cepat ikan sambar lure ialah mengetahui kedudukan ikan dan gewang yang sesuai untuk memasuki radius sambarannya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI