Soal Jawab Mancing – Kenapa Mancing Bottom Deep Sea Guna Joran Panjang?

Share

 

SOALAN:

 

Saya perhatikan sesetengah pemancing pergi memancing laut dalam dengan membawa joran panjang seperti joran pantai. Boleh tak admin jelas kenapa sesetengah pemancing menggunakan joran pantai yang panjang-panjang atas bot? Saya tengok macam pelik pulak pancing atas bot tapi pakai joran pancing pantai.

 

JAWAPAN:

 

Penggunaan joran panjang sekitar 12-17 kaki sememangnya sinonim dengan pancingan pantai dan juga tasik. Justeru itu apabila joran panjang digunakan di atas bot untuk pancingan dasar, ia mencetuskan kekeliruan kepada sesetengah pemancing.

 

 

Ia mencetuskan kekeliruan bagi pemancing yang sudah tersemat di fikiran bahawa kegunaan joran yang panjang adalah untuk melontar umpan lebih jauh sahaja. Justeru itulah mereka membayangkan bagaimanakah caranya untuk melontar umpan dengan menggunakan joran panjang di atas bot. Sedangkan, jika menggunakan joran pendek sekali pun tiada sebarang lontaran umpan yang perlu dilakukan.

 

Kegunaan joran panjang di atas bot sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Jika kita menggunakan joran panjang kejadian perambut tersangkut sesama rakan dapat dielakkan kerana kita menghulur umpan jauh ke depan. Apabila ada ikan yang mengena, pasti seronok melihat hujung joran yang menunduk mencecah dan ‘minum air’.

 

 

Sekiranya ada rakan-rakan lain yang membawa joran panjang juga maka susunan joran secara berselang-seli, panjang-pendek pasti dapat mengurangkan kejadian perambut ‘kahwin’.

 

Kaedah biasa dengan menggunakan joran 5-7 kaki ialah ikan mencari umpan akan tetapi sekiranya kita menggunakan joran panjang, tali utama dilepaskan sedikit demi sedikit hingga jauh ke belakang supaya umpan ‘mencari’ ikan.

 

 

Walau bagaimana pun tidak semua joran panjang terutama yang digunakan untuk pancingan pantai sesuai untuk kegunaan pancingan dasar di atas betul. Lazimnya pemancing yang cari joran berketahanan sesuai dan kemudian dimodifisikasi.

Published by
Amang