Tidak dinafikan batu ladung merupakan terminal tackle yang wajib ada jika memancing teknik dasar di laut dalam. Ada banyak aspek yang perlu diketahui dalam penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan atau kaitannya antara lokasi dan kelajuan arus laut.
Malaysia mempunyai dua pesisir pantai atau perairan utama iaitu pantai barat dan pantai timur. Kedua-dua perairan pantai ini memiliki struktur bumi yang berbeza. Pantai barat atau perairan Selat Melaka lebih sempit berbanding pantai timur atau perairan Laut China Selatan.
Ads
Kalau di pantai barat, had maksimum saiz batu ladung yang biasa digunakan ialah bersaiz #32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di pantai timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah #24 atau berat metrik 1kg. Perbezaan ini disebabkan arus di pantai barat lebih deras berbanding di pantai timur berikutan laluan yang sempit.
Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, di mana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerana ia berkongsi laut yang sama iaitu Laut China Selatan.
Ads
Kebiasaannya, memancing di laut dalam hanya perlu membawa batu ladung mati bersaiz dari #8 hingga ke #24 atau #32 jika memancing di pantai barat.
Ads
Berapakah jumlah yang perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada durasi waktu memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan.
Ia sebagai bekalan jika berlaku kejadian tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yang tajam, tersimpul dengan tali rakan-rakan yang terpaksa diputuskan atau kehilangan yang tak diduga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya ada satu masalah yang sering berlaku berulang kali. Saya ingin tahu apakah jenis ikatan tali yang paling sesuai supaya tidak putus. Dan kalau boleh admin berikan faktor yang menyebabkan ikatan sering gagal ketika bertarung dengan mangsa.
JAWAPAN:
Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan subjek utama memancing iaitu ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.
Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.
Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.
Cara terbaik ialah anda perlu cuba pelbagai jenis ikatan dan uji sendiri kekuatan ikatan tersebut sebelum mengaplikasikannya ketika memancing. Di dalam portal Umpan ini kami menyediakan banyak jenis ikatan dan setiap ikatan memiliki kelebihan tersendiri.
Boleh tak admin bincang perihal perangai para pemancing yang gemar pertikai apa saja tangkapan pemancing lain. Sebagai contoh, kalau kita kata ikan yang kita landed tu 20 kg, diorang cakap tak sampai 20 kg. Kalau kita kata fight ikan tu dua jam, diorang kata pulak takkanlah sampai dua jam… kalau diorang, 5-10 minit dah naik.
JAWAPAN:
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Apa saja peralatan pasti ada tempoh masa kegunaannya. Begitu jugalah alatan pancing. Namun ia masih mampu bertahan lama jika kita tahu mengguna dan menjaganya dengan baik. Bagi penjagaan alatan pancing termasuk alatan terminal amat penting untuk jangka hayat yang panjang.
Secara asasnya, penjagaan perlu dibuat setiap kali selepas anda memancing terutama di kawasan air masin. Pastikan set pancing dibilas dengan air tawar termasuk tali dan cincin rod. Selain itu, pastikan anda membuat servis kekili anda secara berkala iaitu menambah minyak dan gris apabila merasakan kayuhan sudah tidak lancar.
Satu perkara lain yang jarang pemancing teliti ialah kesesuaian padang pancing dengan alatan pancing yang digunakan. Sekiranya kita memancing di laut contohnya, pastikan alatan pancing khusus untuk kegunaan air masin. Tidak kiralah sama ada kekili, joran atau peralatan lain.
Sekiranya kita tidak memancing untuk satu tempoh yang panjang, pastikan barangan pancing yang disimpan itu telah dibersihkan sepenuhnya. Apa saja kekotoran yang melekat pada barangan pancing akan menyebabkan ia terdedah pada kerosakan apatah lagi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...