Saya sudah beberapa kali mengikuti trip ke kawasan sungai berjeram. Biasanya saya mancing bottom saja tapi akan datang saya nak main casting pulak. Soalan saya, jika menggunakan teknik casting, gewang apakah yang sesuai untuk kawasan jeram?
Ads
JAWAPAN:
Ads
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pegunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Ads
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya masih berbelah bagi sama ada nak ikat kabel pada Pintail. Saya pernah dengar orang kata kalau pakai perambut kabel tenggiri boleh nampak dan tak akan sambar Pintail tu. Tapi kalau tak pakai perambut kabel, takut pulak Pintail tu lebuh kena cukai. Tau-tau sajalah harga Pintail seketul sekarang ni. Mohon admin bagi pencerahan sikit.
JAWAPAN:
Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Setiap pemancing memiliki jenis ikatan mata kail yang disukai. Kalau dah jumpa satu ikatan yang puas hati dah tak tukar lain lagi dah. Sehinggalah ikatan tersebut menemui kegagalan atau menemui ikatan yang lebih baik.
Kali ini kami nak perkenalkan satu lagi ikatan. Unique outside knot ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuhlah ikatannya.
Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut tali sulam. Ia kurang sesuai jika menggunakan perambut mono kerana simpulan dan jerutan yang terhasil boleh melemahkan tali.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang mata kail.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.
Tutorial 3
Selitkan hujung tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Ulangi tutorial itu sekurang-kurangnya tiga kali. Lagi banyak lagi bagus jerutan yang dihasilkan nanti.
Tutorial 5
Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk. Pastikan simpulan tidak terbelit atau bertindih. Ia akan menyebabkan simpulan akan luka dan akan putus.
Tutorial 6
Kemaskan ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.
Tutorial 7
Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.
Boleh tak admin beritahu musim yang paling sesuai untuk memancing ikan patin. Satu lagi, mana lebih bagus untuk memancing ikan patin, waktu siang atau malam?
JAWAPAN:
Sebenarnya tiada musim khusus untuk memancing ikan patin. Anda boleh memancingnya setiap hari tanpa mengira musim kemarau atau tengkujuh. Namun untuk hasil pancingan yang lebih bagus, anda perlu cuba memancing musim hujan tiba atau tengkujuh.
Ketika inilah ikan patin akan lebih mudah dipancing kerana populasi lebih banyak dan menyebar ke semua penjuru sungai. Namun kalian juga tetap boleh memancing ikan patin pada musim kemarau jika mengetahui lubuk-lubuk yang berpotensi untuk melabuhkan umpan.
Berkenaan waktu yang lebih sesuai untuk memancing pula, waktu malam adalah lebih berpeluang. Ini kerana ikan patin termasuk ikan nocturnal (lebih aktif pada malam hari). Jadi, ia sudah cukup jelas bahawa malam hari lebih efektif untuk memancing.
Namun garis panduan tersebut hanya berlaku untuk ikan patin liar saja. Berbeza dengan ikan patin kolam yang sudah beradaptasi dan memang sudah terbiasa diberi makan pada siang hari.
Untuk rekod saiz tangkapan pula waktu malam lebih baik. Kebanyakan ikan patin bersaiz besar sering dinaikkan pada waktu malam sama ada di habitat liar mahupun di kolam pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...