Saya ada dua soalan. Pertama, selain ikan sembilang, duri dan ketuka apakah spesies lain yang mempunyai sengat? Benarkah apabila air pasang dan gelombang besar, ikan tidak makan umpan?
JAWAPAN:
Ads
Selain sembilang, duri dan pari atau ketuka, ikan depu, baji, dengkis, kitang, kitang lada dan pelbagai jenis ikan yang jarang dijumpai mempunyai sengat sama ada yang jelas kelihatan atau tersembunyi di sebalik sirip dan badan.
Ikan sembilang, duri, mayong, jahan dan belukang memiliki sengat keras terserlah di atas badan, sisi kiri dan kanan. Sengat pari dan ketuka pula terdapat di bahagian ekor sama ada di pangkal, tengah atau hujung ekor.
Ads
Ada antara pari seperti pari kebas atau pari serban tidak memiliki sengat tetapi senjata utama ialah getaran arus elektrik dialirkan ke badan yang menyentuhnya. Terdapat juga pari memiliki hanya satu sengat keras dan ada yang mempunyai dua sengat keras di ekor.
Ads
Ikan lain yang dikategorikan berbisa memiliki sengat atau duri kecil yang tajam di badan (depu dan baji) selain sengat antara sirip dorsal dan sirip pelvik. Sengat yang berbisa ini tersembunyi berbahaya jika terkena tangan. Pari umpamanya perlu dikendalikan dengan betul. Pastikan sengat dibuang terlebih dulu jika ingin bergambar.
Kebanyakan ikan aktif ketika air pasang dan kawasan yang berarus. Kawasan yang tenang kurang didiami ikan pemangsa kerana sukar mendapat mangsa buruan. Di kawasan terdapat gelombang (bukan jenis yang terlalu besar hingga puluhan kaki) selain anak ikan turut bermain ombak, kumpulan ikan pemangsa (predator) turut mengikuti dari belakang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya kerap memancing di kelong, rumah rakit dan juga sangkar tapi tak pernah cuba teknik casting. Ada potensi tak kalau casting di kawasan macam ni? Kalau boleh, apa jenis gewang paling sesuai untuk digunakan? Untuk pengetahuan admin terdapat ikan pemangsa seperti siakap, barracuda dan senangin.
JAWAPAN:
Tentu saja boleh. Tiada masalah untuk anda cuba casting menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Boleh tak admin ceritakan serba sedikit tentang thruster yang biasa digunakan sebagai pengganti enjin ketika casting?
JAWAPAN:
Thruster atau motor kipas untuk kegunaan marin adalah salah satu nadi penggerak kepada bot. Walaupun ia tidak sekuat enjin sangkut namun penggunaannya amat efektif bagi kaki pancing yang menggemari teknik trolling ataupun casting.
Motor kipas ini dijana tenaga menggunakan bateri dan sudah tentu ia berbeza dengan enjin sangkut yang bunyinya lebih bising. Bagi kaki casting, penggunaan thruster adalah cara terbaik untuk mereka menghampiri seberapa dekat yang boleh spot ikan sasaran tanpa membuatkan ikan culas, bahkan tidak lagi memenatkan, berbanding penggunaan dayung. Malah hari ini juga, telah ada teknologgi thruster yang lebih baik baik dan berkuasa hingga mampu menggantikan enjin sangkut untuk bergerak lebih jauh.
Kebiasaannya, thruster digunakan oleh bot-bot kecil untuk sesi memancing di lombong, sungai atau tasik. Bagi sungai yang berarus deras, penggunaan thruster ini adalah tidak sesuai. Semakin banyak aliran tenaga yang digunakan dari bateri, semakin cepatlah kuasa thruster menurun berbanding penggunaannya di kawasan padang pancing yang tenang.
Thruster didatangkan dengan pelbagai kuasa yang dibahagikan mengikut kiraan berat dia antara 30lb hingga 55lb. Perbezaan berat ini adalah bagi menandakan kekuatan yang mampu dijana oleh sesebuah thruster. Semakin tinggi paun thruster tersebut semakin laju knot yang mampu dicipta oleh kelajuan bot menyusuri air.
Penggunaan bateri selalunya perkara yang paling rumit untuk difikirkan apabila thruster ini. Bagi bateri basah ia perlu dicas dan mengambil masa yang agak lama untuk penuh. Bayangkan setiap kali ingin turun memancing, persediaan awal untuk mengecas bateri perlu dilakukan supaya tidak berkayuh semasa kehabisan bateri. Jalan terbaik adalah dengan menggunakan bateri marin yang mampu mengecas semula apabila digunakan. Namun harganya mungkin dua kali ganda mahal berbanding bateri basah atau kering bagi model biasa.
Penting atau tidak, memiliki thruster adalah satu kelebihan bagi sesiapa yang memiliki bot. Kehadiran pemancing yang lebih senyap dan kawalan bot lebih mudah membolehkan pemancing memasuki pelosok anak sungai dan memperolehi hasil yang lebih baik.
Saya mohon admin buatkan satu segmen perihal joran sebab saya nak tahu bagaimana hendak memastikan kekuatan aksi pada setiap joran? Saya masih baru lagi dalam dunia memancing ni… takut nanti terbeli joran yang tak sepadan dengan ikan yang nak pancing.
JAWAPAN:
Kekuatan sesebatang joran boleh diketahui daripada label yang dicetak pada joran. Biasanya label ini tertulis pada pangkal joran.
Daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit. Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb pada bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb pada pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu pada bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya.
Aksi ‘ultra light’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 6lb. Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...