Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Ads
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Ads
Ads
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Menggunakan perambut tangsi amat baik walaupun ikan merah gemar kawasan reba. Perambut yang kasar mampu menahan asakan barisan gigi halus di hadapan kerana kebanyakan tanda suka menelan umpan.
Tali berkuatan 15Ib sudah memadai dengan kekuatan perambut sekitar 30Ib. Menggunakan perambut yang lebih kasar adalah bertujuan untuk mengelakkan ia terputus semasa umpan dilarikan ke kawasan yang mempunyai halangan.
Jika menggunakan bot atau sampan, joran kelas menengah atau aksi berat diperlukan dengan tali berkekuatan 25Ib hingga 30Ib dan panjang joran disyorkan ialah diantara 5 hingga 6.5 kaki. Perambut monofilament yang disyorkan antara 40Ib hingga 50Ib dan panjang perambut dua kaki ke atas.
Hirisan ikan kembung tanpa tulang, udang dan hirisan sotong boleh digunakan sebagai alternatif. Ikan ini tidak begitu cerewet pasal umpan sehingga sotong pasar turut menjadi pilihan.
Umpan hidup juga berkesan pada waktu siang seperti anak gelama, belanak dan udang. Teknik memancing ikan ‘snapper’ tidaklah begitu sukar kerana spesies ini adalah pemburu yang gemar menyentap umpan secara tiba-tiba selepas mengulumnya buat seketika.
Jangan terlalu cepat membalas joran anda kerana pada masa ini umpan baru dicengkam oleh dua gigi taring yang tajam dan belum menelan lagi. Lazimnya merah kecil akan bermain dahulu sebelum menelan dan baru ia melarikan pancing selepas sedikit kejutan dibuat keatasnya.
Balas apabila larian kedua dimulakan iaitu agak-agak beberapa saat selepas ‘alarm’ berbunyi. Lepas itu gunakan panca indera dan segala kemahiran anda supaya ia tidak terlepas dari genggaman.
Masa yang paling sesuai ialah waktu malam kerana ketika ini ia keluar untuk memburu mangsa. Namun siang juga boleh digunakan untuk memancing spesies ini jika anda tahu dimana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitat yang telah disebutkan.
Di kawasan pantai Barat memancing ketika air mati paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan kerana fakta saya hanya berpandukan pengalaman memancing merah sepang hanya di sekitar Pulau Ketam.
Memancing merah sepang yang bersaiz sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti/jambatan yang mempunyai air yang agak dalam. Selebihnya di siang hari ialah waktu ketika pengusaha memberi makan ikan ternakan.
Ikan luar akan turut sama tertumpu di sekitar sangkar menunggu saki baki makanan yang jatuh. Menggunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut. Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.
Round baitcaster atau kekili menegak berbadan bulat merupakan kekili kegemaran ramai para caster dan jigger. Bagi edisi tutorial asas servis kekili kali ini kami menggunakan Shimano Calcutta Conquest (2014) sebagai contoh.
Barang keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Minyak gris
Bearing oil
Berus gigi
Cotton bud
Berus lukisan
Bekas kosong (untuk cuci reel)
Bekas bertutup (untuk cuci bearing)
Cecair pinggan mangkuk
Tutorial 1
Buka dengan kemas kesemua skru pada body kekili.
Tutorial 2
Gunakan rachet spanar untuk membuka nat. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Tutorial 3
Buka badan kekili dengan berhati-hati dan cermat. Jangan buka dengan kasar bagi mengelakkan part tertanggal dan tidak pasti kedudukan asalnya.
Tutorial 4
Asingkan part penting dalam bekas yang anda rasakan perlu dibersihkan. Jangan lupa susun kedudukannya supaya anda tidak lupa (sila rujuk manual jika musykil tentang part yang telah dibuka).
Tutorial 5
Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.
Tutorial 6
Cuci body kekili dengan menggunakan air campuran pencuci pinggan mangkuk.
Tutorial 7
Gunakan berus gigi lembut yang sudah tidak digunakan dan keringkan menggunakan kain bersih.
Tutorial 8
Gunakan berus gigi dengan perlahan, cuci semua bahagian termasuklah pinion gear.
(Peringatan: Sila berhati-hati dan jangan sesekali ia terjatuh di atas lantas simen yang keras, kerana ia akan merosakkan gigi pinion gear berkenaan.)
Tutorial 9
Gunakan cotton bud yang dibasahkan dengan minyak Zippo untuk cuci di ruang dalam spool.
(Tali yang berada di dalam spool sebaiknya dibasuh, rendam lebih awal dengan air suam dan sabun cecair pinggan mangkuk selepas selesai aktiviti memancing di lokasi air masin).
Tutorial 10
Selepas bearing dicuci, boleh gunakan air blow untuk mengeringkannya dengan lebih cepat. Pasangkan kembali semua bearing dan boleh mula letakkan oil bearing.
Tutorial 11
Sapu grease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal atau terlalu nipis) pada semua part, termasuklah main gear.
Tutorial 12
Pasang kembali kesemua part mengikut susunan dengan betul, berhati-hati dan cermat hingga selesai. Mudah kan?
Memancing ikan sepat tidak sama memancing ikan lain yang lebih besar. Malah, sekiranya anda memancing ikan puyu sekali pun, peluang untuk mendapatkan ikan sepat amat tipis. Perlu diketahui, ikan sepat adalah ikan yang gemar memakan lumut, rumpai air dan serangga kecil. Dan untuk memulakan sesi memancing ikan sepat, anda perlu cari habitatnya terlebih dahulu.
Kaedah Mengesan Lubuk
Cara mudah untuk mengesannya, selain melihat kudap ikan di permukaan ialah muncung ikan ini akan kelihatan di permukaan air tanda ia bermain udara. Ikan ini biasanya kerap muncul di ruang kiambang atau rumpai air yang terbuka.
Jika tidak ada atau ruang amat kecil, anda perlu membuat sendiri lubang ruang berkenaan sebesar saiz bola sepak dengan cara menyelak rumpai air berkenaan. Sesetengah pemancing yang gemar mencari ikan ini, lubang ini akan dibuat sehari sebelum memancing. Ini bagi mengelakkan ikan ini culas untuk memakan umpan.
Kaedah Pancingan
Anda boleh gunakan sama ada pelampung kecil atau tidak untuk melihat getuan sepat mula memakan umpan. Letakkan umpan perlahan-lahan ke dalam air. Sebelum itu, anda perlulah berdiam diri tidak membuat bising semasa menghampiri spot yang telah dikenal pasti.
Ikan sepat begitu sensitif terhadap sebarang pergerakan bayang atau bunyi bising. Kerana jika ikan takut, menyebabkan ikan ini tidak mahu timbul.
Jatuhkan umpan juga mestilah perlahan ke dalam air dan perlu dekat dengan ikan sepat. Kemudian tunggu sehingga ikan memakan umpan.
Pegangan joran juga haruslah kuat. Antara sebab mengapa joran jenis teleskopik amat relevan digunakan adalah kerana ia ringan, kuat dan mudah dilaras.
Sebaik sahaja umpan dilarikan, cuba balas dengan perlahan dan jangan menyentapnya terlalu kuat.
Jika terlalu kuat, akan menyebabkan kawanan ikan sepat lain terkejut dan culas selepas itu. Prosesnya sama seperti anda memancing udang galah.
Jangan terlalu lama membiarkan ikan menggetu umpan tanpa sebarang tindak balas. Jika tiada getuan pula, periksa umpan anda mana tahu sebenarnya umpan telah tanggal atau habis.
Seboleh-bolehnya ikan jangan terlepas. Jika ikan terlepas lebih dari sekali di spot yang sama, ikan yang lain akan culas untuk makan umpan.
Jika tiada getuan akibat ikan terlepas dan culas, anda bolehlah beredar ke spot yang berhampiran terlebih dahulu. Ini kerana kawanan ikan sepat biasanya akan kembali ke lokasi yang ia bermain udara, selain ia tertarik dengan bau dedak ayam tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...