Boleh tak admin terangkan secara ringkas penggunaan kili tiga arah seperti mana gambar yang saya sertakan ini.
JAWAPAN:
Ads
Three way swivel atau kili tiga arah adalah peralatan terminal atau aksesori memancing yang digunakan untuk tujuan tertentu. Peranan asas three way swivel ini adalah bertujuan untuk memisahkan tali utama, perambut, umpan dan pemberat.
Ads
Manakala objektif penggunaan three way swivel adalah bagi mengelakkan tali utama atau perambut yang menghubungkan mata kail atau pemberat tidak bersimpul antara satu sama lain.
Walau bagaimana ia tidak semestinya digunakan untuk memisahkan empat perkara tersebut (tali utama, perambut, pemberat dan umpan), sebaliknya juga boleh digunakan untuk tujuan lain bergantung kepada keperluan pemancing itu sendiri. Contohnya jika ingin menambahkan mata kail berumpan.
Ads
Three way swivel ini dihasilkan dari beberapa jenis material sepadan dengan lokasi dan status kegunaannya. Jika ingin digunakan bagi tujuan pancingan yang lebih ekstrem maka three way swivel yang lebih lasak haruslah digunakan.
Sebaliknya jika ingin digunakan bagi pancingan ringan maka three way swivel yang agak kurang berkualiti dan murah sedikit harganya bolehlah digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk pancingan pantai atau surfcasting, kombinasi peralatan yang sesuai digunakan ialah joran minimum 12 kaki, kekili mendatar sekurang-kurangnya saiz siri 4000 (lebih baik jika kekili gelendung panjang atau surf cast reel, tali utama dari jenis sulam atau braided 20-40lb, batu ladung jenis gantung atau batu mati lonjong (saiz bergantung kepada kelajuan arus).
Perambut 30-50lb (bergantung kepada struktur dasar lokasi dan ikan sasaran) dan dipadankan dengan mata kail nombor 8 hingga nombor 2, atau 1/0 hingga 3/0 bergantung juga pada spesies sasaran. Umpan yang sesuai bagi newbie pula terdiri dari jenis umpan yang tidak mudah tertanggal dari mata kail ketika melakukan lontaran. Disarankan anda mencuba umpan seperti umpun-umpun, hirisan sotong atau hirisan ikan belanak.
Sebaiknya anda perkemaskan teknik lontaran terlebih dahulu sebelum memasang impian untuk menerima strike. Tetapkan satu jarak sasaran yang perlu dicapai dan lakukan berulang kali. Dalam pada masa yang sama turut memantau keadaan umpan selepas melakukan lontaran.
Kombinasi peralatan surfcasting ini juga boleh diaplikasikan di tasik air tawar. Terutamanya peralatan utama seperti joran, kekili dan tali utama. Namun teknik perambut, batu ladung, mata kail dan umpan perlu disepadankan dengan konsep pancingan ikan air tawar.
Saya segan nak tanya tapi terpaksa juga tanya. Boleh tak admin jelaskan bagaimana caranya untuk memancing ikan limbat (spesies yang seakan-akan sama dengan ikan keli tapi saiznya agak panjang dari ikan keli). Apakah umpan yang sesuai untuk spesies ini dan lokasi yang macam mana terdapatnya spesies ini.
JAWAPAN:
Keli limbat atau ikan limbat merupakan salah satu spesies ikan daripada genus Clarias. Nama spesiesnya pula ialah C. nieuhofi dan biasanya mempunyai ukuran badan yang lebih panjang berbanding keli biasa dan warna badannya ialah kuning.
Spesies ini semakin sukar didapati namun biasanya lokasi pancingan sesuai bagi spesies ini termasuk kawasan sawah, kawasan air yang sedikit mempunyai struktur kayu atau belukar dan juga kawasan yang tidak terlalu dalam.
Umpan yang sesuai bagi memancing limbat termasuk cacing, serangga, cengkerik dan juga hati ayam. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan teknik dan umpan yang sama dengan pancingan keli kerana sifat pemakanan bagi spesies ini masih sama dengan spesies daripada genus Clarias yang lain.
Untuk keterangan yang lebih lanjut berkenaan info spesies ikan limbat ini anda bolehlah layari laman web www.umpan.com.my dan buat cari IKAN LIMBAT dalam segmen IKAN AIR TAWAR. Anda juga boleh ketahui taktik & teknik pancingan ikan ini dalam segmen Tip & Info.
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar.
Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pergunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...