Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam.
Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing.
Ads
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok.
Ads
Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Ads
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apa yang dimaksudkan dengan gharar ialah transaksi yang tidak jelas hasilnya. Jual ikan dalam air, belum tentu berapa ekor dapat.
Kalau beli ikan di pasar borong RM20, jelas berapa ekor dapat. Tapi beli ikan yang ada dalam air, belum tentu dapat seekor. Itulah maksud gharar, suatu yang tak jelas hasilnya.
Namun begitu, dalam konteks perniagaan memancing, caj yang dikenakan itu bukanlah untuk ikan, tetapi untuk ruang dan memancing, dan pengguna tahu dan sedar hal ini.
Caj juga dikenakan berasaskan tempoh masa, bukannya berapa ekor ikan yang diperoleh. Oleh itu, larangan jualan ikan di air tidak termasuk dalam konteks perniagaan kolam memancing.
Sekali pun begitu, unsur gharar masih wujud juga dalam perniagaan ini, kerana bagi seorang kaki pancing, mereka bukan sahaja mahu membayar untuk memancing, tetapi jika boleh mereka tetap mahu ikan dan hasil pancing.
Dengan kata lain, jika tidak dapat ikan, mereka tetap rasa kecewa. Namun ini tidak bererti mereka menyesal membayar harga caj kolam memancing dan mereka tidak berkira sangat tentang hal ini.
Justeru, konteks gharar yang wujud dalam kes ini adalah gharar yang kecil. Dalam situasi lain, pengguna tidaklah berkira sangat jika dia dapat enam ekor, tapi kawannya dapat 10 ekor, walau pun cajnya sama, tapi jumlah ikan berbeza, pengguna umumnya tidak berkira.
Ini menunjukkan gharar yang wujud adalah kecil. Pada tahap ini, ia masih diharuskan kerana pengguna tidak merasa tertipu.
Untuk mengelakkan berlaku gharar yang besar, penyedia kolam perlulah sediakan jumlah ikan yang cukup.
Jika 20 orang memancing 5 jam, dan 20 orang itu tak dapat satu ekor pun ikan, mungkin ada yang tak kena dengan ikan-ikan dalam kolam itu, atau ikannya cuma ada 2-3 ekor sahaja.
Jika majoriti pengguna rasa tertipu, maka dianggap wujudkan gharar yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.
Kesimpulannya, perniagaan kolam memancing adalah harus, kerana caj yang dikenakan bukanlah kerana ikan, tetapi kerana ruang dan kemudahan yang disediakan.
Namun penyedia perlulah sediakan ruang pancing yang munasabah pada anggapan pengunjung.
(Sumber: muamalat.my)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Boleh tak admin buat artikel pasal alat GPS yang digunakan dalam memancing?
JAWAPAN:
Peranti Sistem Kedudukan Global (GPS) merupakan alat yang tepat mengira lokasi geografi dengan menerima maklumat daripada satelit GPS.
Pada awalnya ia digunakan oleh tentera Amerika Syarikat, tetapi kini kebanyakan penerima berada di dalam kereta dan telefon pintar.
GPS adalah sistem navigasi berasaskan satelit yang terdiri daripada rangkaian 24 satelit ditempatkan ke orbit oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Dahulu penggunaan satelit hanya dikhususkan oleh tentera tetapi pada tahun 80-an penggunaan peranti GPS telah dibenarkan penggunaannya untuk orang awam memudahkan urusan seharian mereka.
Adakah ia berguna kepada nelayan dan pemancing? Jawapannya adalah YA. Kegunaan penentuan bagi lokasi lubuk ke lubuk yang terdapat di laut yang cukup terbentang luas boleh di tanda dengan alat ini.
Cara nelayan-nelayan terdahulu hanya menggunakan arah angin, awan dan penanda di laut mungkin kurang tepat ke lubuk yang ditandai menggunakan GPS.
Teknologi ini telah lama diaplikasikan kepada nelayan tempatan yang telah banyak merubah taraf hidup nelayan dan mampu meneroka lubuk-lubuk yang ada di laut.
Fungsi GPS tidak terhad kepada laut sahaja bahkan hutan dan pergunungan juga ia boleh digunakan kerana ia menggunakan pancaran satelit.
Bagi kaki pancing yang gemarkan keindahan alam semula jadi, penggunaan alat peranti ini mampu membawa pemancing meneroka lokasi-lokasi yang jauh dan sukar dijejaki orang lain.
Ia boleh dijadikan panduan perjalanan di hutan agar tidak sesat. Ia satu alternatif lain kepada penggunaan kompas yang memerlukan peta sebagai bahan rujukan.
Terdapat pelbagai jenis alat GPS di pasaran termasuklah peranti yang dimuatkan di dalam telefon mudah alih yang mampu membantu pemancing untuk sampai ke lubuk-lubuk yang berpotensi dengan mudah.
Setiap alat peranti ini mempunyai kelebihan masing-masing yang ditampilkan oleh pengeluar. Rujuk buku manual bagi mengetahui fungsi-fungsi yang boleh digunakan bagi mengesan kedudukan kita.
Bagi sebuah GPS, ia biasa didatangkan dengan bateri litium atau yang terdapat di kedai namun sebelum digunakan, pengguna dinasihatkan agar sentiasa memeriksa bateri agar dalam keadaan penuh dan mampu bertahan sepanjang trip berlangsung.
Saya bercadang untuk menimba pengalaman dalam eging mengabang. Boleh tak admin jelaskan waktu sesuai untuk eging. Siang atau malam yang lebih sesuai?
Jawapan:
Sebenarnya tiada waktu khusus untuk casting mengabang. Atau dalam bahasa mudahnya, sotong mengabang boleh dipancing tidak mengira waktu siang atau malam.
Hanya perbezaan lokasi yang membezakan aspek keaktifan mengabang mengejar candat yang kita mainkan.
Contohnya di kawasan pulau berbatu sotong mengabang amat aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting
dan mengabang tetap galak. Begitulah sehingga lewat petang dan sepi apabila malam menjelang.
Berlainan pula jika lokasi tersebut memiliki sumber cahaya pada malam hari seperti lampu. Lokasi-lokasi seumpamanya seperti benteng atau jeti yang berlampu, sotong mengabang
aktif pada lewat petang dan waktu malam. Malah di beberapa kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.
Hal yang turut berlaku sekiranya kita menyandat sotong torak atau jarum di pantai timur pada musim menyandat sotong. Selalunya bukan sotong torak atau jarum saja yang
berjaya dicandat. Pasti ada seekor dua sotong mengabang yang turut berjaya dicandat. Ia jelas membuktikan sotong mengabang boleh dipancing tanpa mengira waktu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...