Sebenarnya tiada musim khusus untuk memancing ikan patin. Anda boleh memancingnya setiap hari tanpa mengira musim kemarau atau tengkujuh. Namun untuk hasil pancingan yang lebih bagus, anda perlu cuba memancing musim hujan tiba atau tengkujuh.
Ketika inilah ikan patin akan lebih mudah dipancing kerana populasi lebih banyak dan menyebar ke semua penjuru sungai. Namun kalian juga tetap boleh memancing ikan patin pada musim kemarau jika mengetahui lubuk-lubuk yang berpotensi untuk melabuhkan umpan.
Ads
Berkenaan waktu yang lebih sesuai untuk memancing pula, waktu malam adalah lebih berpeluang. Ini kerana ikan patin termasuk ikan nocturnal (lebih aktif pada malam hari). Jadi, ia sudah cukup jelas bahawa malam hari lebih efektif untuk memancing.
Ads
Ads
Namun garis panduan tersebut hanya berlaku untuk ikan patin liar saja. Berbeza dengan ikan patin kolam yang sudah beradaptasi dan memang sudah terbiasa diberi makan pada siang hari.
Untuk rekod saiz tangkapan pula waktu malam lebih baik. Kebanyakan ikan patin bersaiz besar sering dinaikkan pada waktu malam sama ada di habitat liar mahupun di kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tuna sirip kuning atau lebih popular dengan nama aya sirip kuning, merupakan salah satu ikan gergasi dalam famili besar Scombridae.
Malah, spesies T. Albacares atau dengan nama umumnya yellowfin tuna merupakan tuna ketiga terbesar selepas Atlantic bluefin tuna dan Pasifik bluefin tuna.
Namun ia merupakan tuna terbesar yang boleh ditemui di perairan tertentu negara kita.
Taburan
Taburan tuna sirip kuning meliputi hampir keseluruhan laut tropika kecuali Laut Mediterranean.
Di negara kita ia boleh ditemui di perairan Pulau Sipadan (Sabah), perairan Lucornia (Sarawak), sedikit di luar kawasan pelantar minyak Terengganu dan Tukun Perak suatu ketika dahulu. Kini ia semakin sukar untuk ditemui.
Aya sirip kuning mendiami kawasan lautan dalam bersuhu antara 18°C hingga 31°C. Ia jarang mendiami laut cetek walaupun banyak menghabiskan masa di permukaan.
Morfologi
Sebagaimana sifat keluarga tuna, aya sirip kuning memiliki bentuk badan seperti selinder membulat serta tegap.
Antara ciri pengenalan utamanya ialah memiliki sirip dorsal kedua memanjang berwarna kuning terang hingga ke pangkal ekor.
Ekor bercabang memanjang dan besar, sirip pektoral hampir 1/3 panjang badannya dan terdapat jalur kuning di antara warna gelap metalik atas badan dan cerah di bawahnya.
Tuna sirip kuning bermulut luas dibarisi gigi halus serata mulutnya. Semasa kecil ikan ini tidak begitu menarik dari segi bentuk badan dan juga harganya.
Semakin membesar, semakin memanjang sirip dorsal keduanya hingga sampai ke pangkal ekor.
Isinya juga berubah rasa apabila membesar dan semakin mahal harganya. Kilauan warna lebih terserlah gah lebih-lebih lagi di lingkungi sirip dorsal kedua yang melengkung cantik hingga hampir tersentuh bahagian ekor.
Habitat dan tabiat
Ikan aya sirip kuning hanya berlegar pada kedalaman 1 meter hingga 250 meter walaupun ia mendiami lautan yang purata kedalaman 1000 meter hingga 5000 meter.
Ia amat sensitif dengan kualiti oksigen di mana ia memerlukan kandungan oksigen yang tinggi untuk hidup.
Atas sebab itulah ia jarang ditemui di bawah kedalaman 250 meter dari permukaan air. Ia tidak hidup di dasar lautan.
Hidup di lautan tropikal bersuhu sederhana dan biasanya bermain di atas suhu termocline di mana terdapat dua suhu berbeza di dalam air.
Biasanya suhu bawah lebih sejuk dari suhu atas dan hampir kebanyakan ikan akan berada di lingkungan suhu panas.
Ia juga gemar bermain di permukaan air dan sering melakukan loncatan ke udara terutama ketika mengejar mangsa.
Dengan bentuk badan umpama torpedo, ayah sirip kuningan mampu melakukan tujahan 20 meter sesaat dan berenang dengan kelajuan 72 km sejam.
Bergerak dalam kumpulan besar mengikut saiz kumpulan. Juga pernah didapati berenang bersama spesies ikan lain dan gemar bermain sekitar objek terapung kerana kawasan tersebut dikenal pasti mampu memberi sumber rangkaian makanan diperlukan.
Ia juga spesies yang sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang jauh mengikut musim. Laluan utama ikan aya kuning ini adalah lautan tropika iaitu laluan arus Pasifik dan Hindi.
Diet dan saiz
Diet utama aya sirip kuning ialah hampir kesemua ikan pelagik terutama jenis mackerel, bilis dan sotong.
Saiz terbesar dilaporkan menjangkau 200 kg pada usia 8 tahun dengan panjang hampir 208 cm panjang.
Itu sudah kira cukup bagus jika ikan ini dapat melepasi usia 8 tahun. Ini berdasarkan kegiatan memburu secara komersial dilakukan sepanjang tahun hampir seluruh dunia.
Ikan tengas juga dikenali sebagai ikan kejor dan orang Cina menggelarnya ikan kelah hijau. Nama umumnya copper mahseer / chocolate mahseer. Nama saintifik tengas Neolissochilus Hexagonolepis (McClelland, 1839), dahulunya Acrossocheilus Hexagonolepis.
Mahseer adalah nama umum yang digunakan untuk genus Tor, Neolissochilus dan Naziritor dalam keluarga Cyprinidae. Neolissochilus berasal daripada bahasa Greek di mana Neolissochilus adalah nama yang terbentuk daripada maksud; Neos = baru, Lisso = licin, Cheilos = bibir.
Ikan tengas adalah spesies ikan tawar benthopelagic / potamodromous zon tropika. Benthopelagic / potamodromous membawa makna ikan yang bertubuh kekar, ikan air tawar yang bermigrasi.
Neolissochilus adalah genus ikan dalam keluarga Cyprinidae yang berasal dari habitat air tawar di Asia yang sering dikelompokkan dengan mahseer. Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Terdapat 28 spesies yang diiktiraf dalam genus ini dan 3 spesies ikan tengas yang utama di Malaysia iaitu:
Neolissochilus hexagonolepis (Semakin sukar untuk ditemui di Malaysia)
Neolissochilus hendersoni (saiz ikan dewasanya lebih kecil dari spesies soroides)
Neolissochilus soroides
Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirip dengan ikan tengas tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.
Ciri-ciri fizikal
Ikan tengas berbadan bulat dengan seluruh badan diselimuti sisik putih perak berkilauan. Mempunyai sepasang mata bulat dan jernih. Ia suka bergerak aktif, mundar-mandir ke sana ke mari tidak suka menyepi diri.
Bentuk kepalanya lebih besar dan lebar daripada kelah. Bawah dagunya tidak terdapat lekok (seakan lesung pipit) sebagaimana ikan kelah. Boleh dikelaskan sebagai ikan demersal. Banyak menghabiskan masa di dasar sungai berpasir.
Definasi bagi habitat utama ikan-ikan dari genus ini adalah di tanah lembap (wetland) sungai, anak sungai, jeram [termasuk air terjun] dengan air yang mengalir deras dan jernih, kebanyakannya di sungai yang berkecerunan tinggi dan rendah dan ia juga boleh membiak di kolam dengan air yang mengalir.
Taburannya meluas di Asia. Pelbagai jenis ikan ini berasal dari Vietnam di timur dan China di utara, melalui Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan di Asia selatan termasuk Semenanjung India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Bhutan dan Nepal.
Ikan ini membesar di sungai berjeram dan sungai yang berbatu yang mengalir dengan deras, terutamanya di tengah-tengah sungai.
Ia bersifat omnivorous dan secara amnya, seperti genus kap yang lain, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan serangga-serangga kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Ikan dewasa biasanya makan filamen alga hijau, larva chironomid, krustasea dan kumbang air bahkan juga buah-buahan yang jatuh dari atas pokok.
Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana kebanyakan spesies dipercayai naik ke aliran deras dengan dasar berbatu untuk pembenihan. Pembenihan biasanya berlaku dari bulan April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.
Ikan tengas jantan mencapai kematangan pada saiz 9 cm dan ianya mampu membesar sehingga 120 cm (3.937 kaki) dan berat mencapai 11kg (24.3 paun). Capaian terbesar hingga 1.2 m (3.9 kaki) panjang, tetapi kebanyakan spesies jauh lebih kecil.
Ikan tuna (juga dikenali sebagai tunny) adalah ikan air masin yang berada dalam suku Thunnini, subfamili kepada famili Scombridae (mackerel). Suku thunnini terdiri daripada 5 genus dan terdapat 15 spesies tuna kesemuanya. Spesies tuna memiliki kepelbagaian saiz yang amat mengagumkan.
Dari spesies terkecil bullet tuna yang mampu mencapai panjang 50 cm dan seberat 1.8 kg sehinggalah spesies terbesar, Atlantic bluefin tuna yang mampu mencapai panjang maksimum 4.5 meter dengan berat sehingga 684 kg. Purata Atlantic bluefin tuna yang ditemui sekitar 2 meter panjang dan dipercayai mampu hidup sehingga 50 tahun.
Ikan tuna, opahs (sunfish) dan mackerel sharks merupakan satu-satunya spesies ikan yang dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada suhu air di sekelilingnya.
Keluarga tuna merupakan spesies predator atau pemangsa yang aktif dan tangkas. Ikan tuna memiliki bentuk badan bergaris arus, ramping dan merupakan antara ikan pelagik yang paling pantas. Sebagai contoh, yellowfin tuna mampu mencapai kelajuan sehingga 75 km sejam.
Ikan tuna biasanya ditemui di lautan bersuhu sederhana dan ia ditangkap secara komersial di samping begitu popular sebagai ikan sukan. Berikutan tangkapan berlebihan, beberapa spesies tuna khususnya southern bluefin tuna diancam kepupusan.
Taksonomi:
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Scombriformes
Family : Scombridae
Genus : Allothunnus, Auxis, Euthynnus, Katsuwonus, Thunnus
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...