Soal Jawab Mancing – Bila Masa Ikan Siakap Bertukar Jantina?

Share

 

SOALAN:

 

Saya baru dengar katanya ikan siakap (siakap putih) boleh bertukar jantina. Macam mana tu min? Tak tau la tukar jantina dari jantan jadi betina atau betina jadi jantan. Kalau betul… bila masanya siakap akan tukar jantina dan untuk tempoh berapa lama?

 

JAWAPAN:

 

Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites). Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.

 

 

Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan. Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.

 

Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak. Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.

 

 

Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.

Published by
Amang