SOALAN:

 

Pada pendapat admin, Antara air pasang dan surut yang manakah lebih sesuai untuk pergi memancing? Satu lagi apa beza memancing ketika air mati dan air besar?

 

JAWAPAN:

 

Pada asasnya, aktiviti memancing boleh dilakukan sama ada ketika air pasang dan surut. Apa yang paling utama ialah kesesuaian lokasi memancing.

Ads

 

Soal Jawab Mancing – Beza Mancing Waktu Air Besar, Air Mati Serta Pasang Dan Surut?

 

Sebagai contoh, ketika air pasang ia mendorong ikan-ikan untuk bergerak mengikut peredaran arus. Pada waktu ini biasa pancingan lebih tertumpu ke arah darat dan bagus untuk menebing. Ketika air surut pula aktiviti menebing agar sukar dan aktiviti memancing tertumpu ke tengah laut.

 

Ads

Berbeza pula dengan aktiviti memancing ketika air besar dan air mati. Apa yang membezakannya adalah gerakan arus. Ketika air mati, arus hampir tiada langsung. Kerana itulah ia dinamakan air mati kerana langsung tidak bergerak. Sementara air besar pula menandakan pergerakan arus yang paling maksimum.

 

Pergerakan arus ini akan mempengaruhi keaktifan ikan. Ketika air mati, ikan hampir tidak aktif atau pasif. Kebanyakan ikan lebih banyak berdiam di habitat masing-masing.  Untuk memancingnya, umpan perlu diletakkan tepat di depan pintu rumahnya. Itu pun belum tentu ia akan membuka mulut.

 

Ads

Soal Jawab Mancing – Beza Mancing Waktu Air Besar, Air Mati Serta Pasang Dan Surut?

 

Ketika air pasang besar pula, keaktifan ikan berubah secara drastik berbanding ketika air mati. Kebanyakan ikan terutamanya ikan pelagik begitu aktif dan galak memburu makanan.

 

Namun disebabkan pergerakan arus maksimum, ia menimbulkan masalah untuk menetapkan umpan ke lubuknya terutamanya pancingan dasar di muara mahupun lebih jauh ke tengah.

 

Sebaliknya bagi pancingan sukan seperti jigging dan popping, ketika inilah masanya untuk memburu ikan-ikan pelagik bersaiz besar.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI